Tidak kisah diberi gelaran ‘Mak Singa’ oleh anak-anak, pengasas Rumah Hutan, Rozita Ibrahim menjelaskan, dia sebolehnya mahu mendidik anak-anak sedari kecil untuk mencari pengalaman hidup.

Malah dia secara terbuka turut menyatakan anak-anak disuruh berniaga secara kecil-kecilan sejak berada di darjah satu.

Ulasnya, dia tidak punya pendidikan untuk diturunkan kepada anak-anak dan atas sebab itu dia mencukupkan keperluan anak-anak dengan teori dan praktikal.

“Kisah sy sebagai ibu dgn title “Mak singa” gelaran dr anak2 bila sy mengamuk..

“Sy suruh anak kerja part time atau niaga kecil2an sejak darjah 1.Umur 12 tahun cuti sekolah tu kerja walupn gaji hanya RM12..

“Sy xda akademik nak turunkan pd anak2 hanya pengalaman hidup sy.. kerja dn niaga part time mereka tu mereka dpt teori dn praktikal,” kongsinya menerusi laman Instagram.

IKLAN

Sebagai ibu, Rozita perlu menerapkan semangat dan menajamkan minda anak-anak untuk membina masa depan yang lebih baik.

“Mereka mengeluh dn semangat..Masa tu sy ulas bgaimana nk cari solusi .. Sy icon depan mata sbagai ibu kena tunjuk contoh yg baik pd anak2 sikap berdisiplin ..rajin..x buang masa..

“Pesanan setiap hari pd anak2 tanpa jemu sampai hafal skrip lah.. santapan tajamkan minda keraskan semangat utk mereka kuat bina masa depan.

IKLAN

“Berfikir luar dr kotak sempadan/ sikap ushawan 10 tahun kedepan dari usia sebenar mereka,” ulasnya lagi.

Namun dalam pada itu, dia turut meluahkan, sedari kecil dia selalu mengingatkan anak-anak supaya tidak menjadi artis dan jangan mengejar populariti.

“12 prinsip sy tekankan utk jd leader yg blh bina sifat ushawan. Ugama dn jujur penting sgt wajib letak depan. KECIK BOLEH SY DIDIK DH BESAR SY X BERDAYA DAH KALAU ANAK X IKUT ASUHAN SY…Doa dn terus memujuk..

IKLAN

“Asas pesanan sy sejak kecil Jgn jadi artis..Jgn kejar glamer..Jgn buat benda haram..Jgn tipu orang,” luahnya lagi.

View this post on Instagram

Kisah sy sebagai ibu dgn title "Mak singa" gelaran dr anak2 bila sy mengamuk.. . Sy suruh anak kerja part time atau niaga kecil2an sejak darjah 1.Umur 12 tahun cuti sekolah tu kerja walupn gaji hanya RM12.. . Sy xda akademik nak turunkan pd anak2 hanya pengalaman hidup sy.. kerja dn niaga part time mereka tu mereka dpt teori dn praktikal .. . Mereka mengeluh dn semangat..Masa tu sy ulas bgaimana nk cari solusi .. Sy icon depan mata sbagai ibu kena tunjuk contoh yg baik pd anak2 sikap berdisiplin ..rajin..x buang masa.. . Pesanan setiap hari pd anak2 tanpa jemu sampai hafal skrip lah.. santapan tajamkan minda keraskan semangat utk mereka kuat bina masa depan. . Berfikir luar dr kotak sempadan/ sikap ushawan 10 tahun kedepan dari usia sebenar mereka.. . 12 prinsip sy tekankan utk jd leader yg blh bina sifat ushawan. Ugama dn jujur penting sgt wajib letak depan. KECIK BOLEH SY DIDIK DH BESAR SY X BERDAYA DAH KALAU ANAK X IKUT ASUHAN SY…Doa dn terus memujuk.. . Asas pesanan sy sejak kecil Jgn jadi artis..Jgn kejar glamer..Jgn buat benda haram..Jgn tipu orang..!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Andai sudah menjadi buluh, memang sukar nak lentur.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI