Pengarah dan penerbit tersohor, Jinggo mengakui berasa amat berbangga dengan pencapaian anak sulungnya, Uzair Haqimy yang kini sudah mampu mengambil alih tanggungjawab sebagai pengarah bagi syarikat produksinya, JS Pictures.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, perasaannya kini sememangnya berasa agak bercampur baur bila melihat anaknya kini sidah mampu untuk memeruskan legasi yang telah dibinanya selama ini.

“Hari tu Tok Sidang terasa sedih benor bila @luthmikhail20 sudah besor, sudah jadi Mr CEO @thedimsumplacekl, 20 tahun udoh berlalu.

“Hari ni pula teman terasa happy pon ada, terasa sedih pon ada bila @uzairhaqimy69 pula dah ambil alih kerusi pengarah @realjspictures Tok Sidang,” tulisnya.

Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusli itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

“Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah “Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah “Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah

Dikesempatan itu juga, Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang itu turut dilihat memberikan kata-kata semangat dan berharap agar anak-anaknya itu dapat menggalas tugas-tugas lebih baik daripadanya.

“All the best Mr CEO and Mr DIRECTOR. Jangan jadi macam papa tapi jadi lebih baik dari papa. Bukan 20 tahun tapi rupanya sudah 25 tahun masa dah berlalu,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga kedua-dua anak tersebut akan terus sukses pada masa akan datang.

Ads

“Dah tiba masanya Tok Sidang lepaskan mandat dekat anak-anak. Sudah tiba Tok Sidang dan Sheila Rusli berehat dan menikmati hidup bersama hingga akhir usia.

“Bertuah Tok Sidang. Lepas ni Tok duduk rumah jaga kucing ye.

“Alhamdulillah ada waris yang bagus. Rezeki Tok Sidang dan puan.

Ads

“Benih yang disemai dijaga dengan baik. Jadi hasilnya baik,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

Sebelum ini, Jinggo dan Sheila turut menzahirkan perasaan yang sama selepas anak bongsunya, Luth Mikail telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di restoran perusahaan milik keluarganya.

“Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah “Jangan Jadi Macam Papa Tapi…, – Selepas Yang Bongsu Bergelar CEO, Kini Giliran Anak Sulung Jinggo Pula Galas Tugas Sebagai Pengarah

Sekadar informasi, Uzair Haqimy baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon yang juga merupakan adik kepada aktres, Fasha Sandha iaitu, Elisha Sandha pada tanggal 21 Ogos lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sumber: Instagram Jinggo & Uzair Haqimy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI