Berkongsi sebuah kisah tular di laman Instagram miliknya, Fedtri Yahya menegaskan supaya golongan ibu bapa tidak melibatkan nyawa anak dalam memperjuangkan kejahilan diri.

Jelasnya, segelintir golongan ini salah faham akan konsep ilmu, tawakal dan reda.

Terjumpa perkongsian ni. Kasihan pada petugas perubatan. Sudahlah kerja banyak, nak melayan golongan degil macam ni lagi. Kalau nak mati, matilah sorang… jangan libatkan nyawa anak. Jangan jual nama agama untuk perjuangkan kejahilan diri. Macam lelaki yang jumpa hari tu. Isteri sarat. Tak pernah check up. Cukup makanan sunnah dan yakin bantuan Allah saja katanya🤨 Salah faham konsep ilmu, tawakkal dan redha. Perubatan juga ilmu Allah makcik pakcik #antivaksin oiii

IKLAN

“Duduk negara Arab lama. Balik-balik, anak asyik sakit je. Tak halalkan ubat moden ke tubuh anak-anak. Neneknya pun pening,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, kisah seorang bayi yang baru dilahirkan di mana kedua ibu bapanya menolak untuk rawatan kuning telah mencetuskan kontroversi di laman sosial. Rata-rata netizen menyelar tindakan ibu bapa yang dianggap mementingkan diri sendiri dan membahayakan nyawa anak.

IKLAN

“Jangan Jual Nama Agama Untuk Perjuangkan Kejahilan Diri,” – Fedtri Yahya Selar Perkongsian Tular Fasal Anti Vaksin “Jangan Jual Nama Agama Untuk Perjuangkan Kejahilan Diri,” – Fedtri Yahya Selar Perkongsian Tular Fasal Anti Vaksin

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI