Pengarah dan produser terkenal, Erma Farita akui faham dengan keluh kesah yang disuarakan oleh para penggiat seni berhubung isu waktu kerja yang panjang dan membebankan.

Bagaimanapun, menurut Erma, cabaran dan kepayahan yang harus diharungi oleh para produser bagi memastikan sesebuah projek itu berjalan lancar juga harus diberikan penekanan yang sama.

“Jangan Kata 20 Jam, 24 Jam Pun Boleh Kena Henjut,” – Produser Tanggung Rugi, Erma Fatima Gesa Stesen TV Tukar Kadar Bayaran Drama

“Apa yang disuarakan oleh penggiat seni itu adalah betul. Saya bercakap atas kapasiti pengarah, pelakon dan kru. Kami memang tertekan kalau bekerja lebih 20 jam. Ketika itu, kualiti karya itu akan menurun.

“Sebagai produser pula, kalau kita tak henjut satu telemovie dalam masa lapan hari, kita akan rugi,” katanya kepada MH.

Tambah Erma lagi, isu ini boleh diselesaikan sekiranya pihak stesen televisyen sanggup menggubal semula kadar bayaran yang dikenakan terhadap sesebuah projek drama atau telefilem.

Ads

“Jangan Kata 20 Jam, 24 Jam Pun Boleh Kena Henjut,” – Produser Tanggung Rugi, Erma Fatima Gesa Stesen TV Tukar Kadar Bayaran Drama

“Dalam isu ini, penentuannya adalah daripada stesen televisyen. Kalau stesen tv masih bayar macam 20 tahun dulu, jangan kata 20 jam, mungkin 24 jam juga boleh henjut.

“Harga barang sekarang dah semakin meningkat tapi harga pihak stesen tv bayar untuk sesuatu karya itu masih lagi tidak mengikut ekonomi semasa.

“Artis dan kru berhak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Pada masa sama, kalau tak henjut sampai 20 jam, susah nak habiskan shooting dalam masa lapan hari.

Ads

“Kalau kita shooting 10 hari, bajet akan naik lagi. Makan, petrol, sewa kenderaan dan sewa lokasi semuanya dibayar mengikut hari. Kalau kerja 12 jam, berapa banyak babak yang kita boleh buat?,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida ini juga merasakan pihak berwajib harus memainkan peranan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

“Pihak berwajib juga kena mainkan peranan. Di mana mereka letakkan industri seni ini? Kalau letak di tempat yang rendah, kita yang bekerja ini pun selamanya akan berada di bawah.

Ads

“Namun, kalau mereka letakkan kami ini sebagai industri yang boleh menjana pendapatan ekonomi negara, mereka akan sediakan modal yang berbaloi.

“Pihak berwajib juga harus menolong untuk menjual karya-karya ini. Kemudian baru kita boleh cakap fasal cara kerja yang betul,” dakwa Erma ketika ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun Mart di Ukay Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Jangan Kata 20 Jam, 24 Jam Pun Boleh Kena Henjut,” – Produser Tanggung Rugi, Erma Fatima Gesa Stesen TV Tukar Kadar Bayaran Drama

Pasaraya mini yang memulakan operasinya sejak awal Januari lalu memasarkan lebih 300 produk makanan yang dihasilkan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI