“Jangan Kecewa Tengok Jawapan,” – Cubaan Lelaki Pinang Anak, Ini Jawapan Nourul Yang Win!

Share

Menerima ‘lamaran’ dari golongan lelaki menerusi mesej untuk menjadi menantu, penyanyi Nourul Depp mengakui dia rasa keliru sama ada lamaran tersebut diluahkan kepadanya atau anak, Ayu Nazirah.

Akan tetapi, lamaran yang diterima ditolak mentah-mentah anak gadisnya yang berusia 21 tahun itu.

Malah, lamaran tersebut membuatkan penyanyi Kerana Terluka ini terhibur.

Kami tak larat nak gelak. Ni nak meminang kami ka, nak meminang anak kami ? Hahahaha.

“Kami tau lah kami nampak dua beradik (acewah mak dia perasan muda) hai awak. Saya takutlah awak hahahaa .

“Jangan main main chek oi. Sat lagi bapak dia pendekar johor tu naik angin sat lagi kami tak tau.

“Tu belum lagi pendekar perancis keluaq. Hahaha.

“Tapi manis lah adik ni. Tak tau dia minat mak ayu ka, atau ayu ahhahaha. Mai lah jaid anak angkat. Toksah jadi menantu. Ayu bagi jawapan kata fail sebab panggil mak dia “awak” hahahahha.”

Jelas bintang ini lagi, dia berharap agar pemuda ini tidak berputus asa biarpun lamaran ditolak

“La ni no senang sungguh. Zaman cyber. Nak mengorat kat twitter kat ig kat fb. Nak mintak anak dara orang pun mesaage direct mak anak dara hahahaha comey hang ni adik oi. Qeja programmer. Not bad! .

“Jangan kecewa tengok jawapan @ayu_ace ya. frust dia sat lagi. Jangan terjun bangunan na . Anak kami biasa ja na. .

“Sila cuba lagi!

#justforfun #laughforhealth #motherdaughter #lawak #merisik hahahha .

“P/s: pasal terjun bangunan ada cerita. Tapi takleh cerita. Dah expired 22 tahun yang lalu hahahahahahahaa,” tulisnya panjang lebar.

Pada masa sama, netizen turut bersetuju bahawa adab sangat penting untuk menambat hati mertua.

Ayu Nazirah merupakan anak hasil pernikahan pertamanya dengan dengan penyanyi dan komposer, Ajai.

Foto : Instagram Nourul Depp

 

Published by
Noraini Abd Wahab