Pelakon, Betty Banafee tidak menafikan di dalam menjalinkan sesebuah persahabatan, kita akan dapat belajar sesuatu mengenainya.

Malah menurut Betty, teman yang ada di sekeliling pasti ada yang tidak sempurna.

“Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee “Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee

“Bila berkawan dengan ramai kawan ini… Baru kita sedar. Bukan semua kawan kita hidup sempurna. Mungkin dia banyak duit, tapi ada broken famili.

“Ada yang tak berduit, tapi ada keluarga yang bahagia.Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.

“Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan-kawan. Sampai bila-bila tak kan habis. Namun disebabkan nak hubungan itu kekal panjang, kena ‘fake’kan semuanya.

Ads

“Fake smile… Fake feelings… dan fake emotions. Kerana sayangkan kawan-kawan. Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, tidak bererti dia tidak boleh terluka.

“Kita sama-sama manusia. Ada hati dan perasaan. Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati,” tulisnya lagi dalam satu hantaran di Instagram.

“Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee “Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee

Ads

Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini menasihati semua untuk menghargai sahabat yang saat susah dan senang.

“Kawan ketawa memang ramai. Kawan menangis sukar dicari. Tapi mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah. Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita.

“Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan. Suatu masa nanti… Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita. Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.

Ads

“Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya. Yang tinggal cuma kenangan dan nama,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan.

“Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee “Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee “Jangan Kerana Kita Lihat Kawan Sering Ketawa, Tidak Bererti Dia Tidak Boleh Terluka,” – Betty Banafee

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Betty Banafee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI