Pengacara, Iesya Toh meluahkan rasa kecewa berhubung isu pembuangan bayi yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Iesya, tindakkan tersebut disifatkan terlampau kejam dan kita sepatutnya lebih harus takutkan Allah berbanding orang lain.

View this post on Instagram

Maaf dgn pkongsian pics ini😭😭 tak sgup nak lihat, lagi & lagi & lagi….. Gadis2 yg hamil luar nikah, anda tak perlu buang anak2 itu sekejam ini.. Takut? Pada siapa? Sedangkan Allah melihat semuanya.. DIA yg perlu kite takuti sebelum terlanjur melakukan perkara2 ini😭😭😭 Kekasih yg patut btgjawab melarikan diri? Atau janji akan mgahwini cuma Bukan sekrg? Ok…Tapi sedar tak mcmne masa depan anak ini? Die tetap anak TIDAK SAH TARAF.. Jgn laaa kerana nafsu, kite buang maruah diri… Jgn.. 😭😭😭 ramai gadis lain yg myesal krn BF yg hamil kan mereka tak ada masa depan. Kite perempuan perlu jaga diri… Apepun DM kak Sya.. Alhamdulilah buat setakat ini 18 babies berjaya diselamatkan ♥️♥️ dan ibu2 mereka sudah pun menjalani kehidupan yg lebih positive 🤲🏻 I’m here to help, not to judge. Hugs #JgnBuangBaby #PlsDMKakSya #NaibPresidenWanitaGPMS

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

“Maaf dengan perkongsian pics ini. Tak sanggup nak lihat, lagi & lagi & lagi. Gadis-gadis yang hamil luar nikah, anda tak perlu buang anak-anak itu sekejam ini.

“Takut? Pada siapa? Sedangkan Allah melihat semuanya. DIA yang perlu kite takuti sebelum terlanjur melakukan perkara-perkara ini.

“Kekasih yang patut bertangungjawab melarikan diri? Atau janji akan mgahwini cuma bukan sekarang? Okay.

Ads

“Tapi sedar tak macam mana masa depan anak ini? Dia tetap anak TIDAK SAH TARAF,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Iesya turut menjelas bahawa dia sedia membantu para ibu yang telah terlanjur bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

Ads

“Jangan la kerana nafsu, kite buang maruah diri. Jangan. Ramai gadis lain yang menyesal kerana BF yang hamilkan mereka tak ada masa depan.

“Kite perempuan perlu jaga diri. Apepun DM kak Sya. Alhamdulilah buat setakat ini 18 babies berjaya diselamatkan dan ibu-ibu mereka sudah pun menjalani kehidupan yg lebih positive.

“I’m here to help, not to judge. Hugs,” katanya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gerem saat mengetahu berita pembuangan bayi tersebut.

“Jangan Kerana Nafsu Kita Buang Maruah Diri,”- Kesal Isu Buang Bayi, Iesya Toh Mahu Bantu Ibu Terlanjur “Jangan Kerana Nafsu Kita Buang Maruah Diri,”- Kesal Isu Buang Bayi, Iesya Toh Mahu Bantu Ibu Terlanjur

Terdahulu, pihak polis daerah Tangkak mengesahkan bahawa mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam.

Bayi yang masih bertali pusat seberat 2.6 kilogram itu ditemui di longkang Jalan Kebun pada Isnin.

Sumber: Instagram Iesya Toh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI