{"source":"other","uid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1629970474605","origin":"unknown","fte_sources":[],"subsource":"done_button","used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","source_sid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1629970498772","premium_sources":[],"is_remix":false}

Pelakon, Lisdawati berharap agar para peminat dapat lebih menghormati kisah-kisah lampau seseorang anak seni terutamanya buat mereka yang kini telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik.

Menurut Lisdawati, dia sebolehnya mahu segala kisah-kisah yang mengaibkan ini tidak lagi ditayangkan di mana-mana platform lebih-lebih lagi bila melibat foto atau video yang memaparkan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Jom Kita sama sama perbaiki. Buat peminat yang ada gambar lama artis-artis kegemaran yang dah bertudung, lebih baik tak perlu keluarkan atau tayangkan pada umum cerita atau gambar lama.

“Simpan untuk sendiri atau buang sahaja. Itulah antara aib yg perlu dijaga. Kita dah berhijrah dan kita janganlah lagi keluarkan gambar atau video lama untuk tontonan umum,” tulisnya.

“Jangan Lagi Bercerita Kehebatan Zaman Jahil Dulu,” – Henti Sebar Gambar Atau Video Masa Lalu, Lisdawati Harap Peminat Hormatilah Hijrah Anak Seni “Jangan Lagi Bercerita Kehebatan Zaman Jahil Dulu,” – Henti Sebar Gambar Atau Video Masa Lalu, Lisdawati Harap Peminat Hormatilah Hijrah Anak Seni

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Ratu Ten Pin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Lisda turut dilihat berkongsi sepotong klip yang memaparkan ceramah daripada pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang membicarakan mengenai ‘Rahmat Allah’.

“Jangan Lagi Bercerita Kehebatan Zaman Jahil Dulu,” – Henti Sebar Gambar Atau Video Masa Lalu, Lisdawati Harap Peminat Hormatilah Hijrah Anak Seni

Ads

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata itu turut menyerukan kepada semua pihak untuk tidak lagi bercerita mengenai aib diri sendiri yang pernah kita lakukan pada masa lampau.

“Kita dah berhijrah janganlah lagi bercerita kehebatan kita zaman jahil dahulu.

“Kita dah berhijrah tetapi orang lain yang tayang dan sebarkan. Itu bukan lagi urusan kita. Semoga Allah swt menerima taubat hamba-hambanya,” tulisnya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut mendoakan agar kita semua tetap istiqomah dalam melakukan amal kebaikkan.

“Jangan Lagi Bercerita Kehebatan Zaman Jahil Dulu,” – Henti Sebar Gambar Atau Video Masa Lalu, Lisdawati Harap Peminat Hormatilah Hijrah Anak Seni

Sekadar informasi, Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan, Fauzi Nawawi yang juga merupakan pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, Lisdawati kini telah pun dikurniakan lapan orang cahaya termasuk empat orang anak tiri hasil perkahwinan Fauzi yang terdahulu.

Sumber: Instagram Lisdawati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI