Suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga merupakan seorang doktor, Dr. Izzar Anwari beberapa hari lalu ada berkongsi informasi yang cukup bermanfaat buat mereka yang bergelar ibu bapa, khasnya yang mempunyai anak kecil.
Kongsinya menerusi beberapa pautan foto di Instagram, berkongsi tip untuk mak ayah alert tentang kecederaan kepala anak.
Andai berlaku insiden sedemikian, ia pastinya mampu untuk memberi risiko kecacatan mahupun kematian kepada anak jika mak ayah tak bertindak pantas.
Berikut merupakan perkongsian yang dimaklumkan Dr Izzar;
“KECEDERAAN KEPALA BABY/BUDAK.
Anak2 kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar2 dia dah menangis dan baru perasan ada benjol/lebam kat kepala dia.
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan/kematian pada kanak2 (Kalau kecederaan terukla). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan / mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam,gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila dah parents dah perasan anak tu ada benjol / luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom2 kecederaan kepala yang ada pada anak ni. Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom2 kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swip kiri kalau nak tahu simptom2 tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom2 ringan tu, bolehla monitor dulu kejap ke di rumah n bawa ke klinik kalau risau.
Tapi kalau ada simptom2 sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak2 tu ada terjatuh n terhantuk kepala ke, atau tiba2 menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom2 kecederaan kepala yang dah diterangkan. Jangan lambat bawa jumpa doctor kalau ada simptom2 kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta2 dijauhkan. Aminn,” tulisnya panjang lebar.
Semoga apa yang kongsinya ini boleh dijadikan panduan buat kalian seisi keluarga.
Foto: Instagram Dr Izzar Anwari