Pelakon Zara Zya memaklumkan dirinya bakal menjalani beberapa prosedur pembedahan hari ini, selepas didapati mengidap beberapa jenis masalah kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut pelakon drama Pia itu, dia sebenarnya sudah pun dimasukkan ke hospital sejak dua minggu yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

“Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan facet joint injection.

“Dah lama saya berkampung di hospital ni. Hampir dua minggu. Pada awalnya hanya ingin buat check up sahaja untuk sakit arthritis.

“Tetapi bersangkutan pula dengan masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

“Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi Cyst (Bosniak IV) di kidney kiri dan saya juga ada fibroid,” tulisnya.

Ads

“Jangan Lupa Maafkan Saya,” – Alami Sakit Leher, Tulang Belakang, Cyst & Fibroid, Zara Zya Jalani Pembedahan “Jangan Lupa Maafkan Saya,” – Alami Sakit Leher, Tulang Belakang, Cyst & Fibroid, Zara Zya Jalani Pembedahan

Dalam pada itu, Zara turut menitipkan permohonan maaf dan berharap semua pihak mendoakan agar pembedahannya itu berjalan lancar.

“Dengan rendah diri, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal ataupun tidak. Jikalau saya ada menyakiti anda, maafkanlah saya.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ye. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya,” kongsinya lagi.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut selain turut mendoakan agar Zara segera diberikan kesembuhan.

“Zara sahabatku sayang. Semoga lancar semuanya, diangkat dosa dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala. Sayang Zara Zya,” komen pengacara, Jihan Muse.

“Wahai adikku, Allah akan kurniakan kesembuhan buatmu. Sayang Zara sangat,” balas pelakon dan penyanyi, Azza Elite.

“Syafakillah, semoga Allah berikan kesembuhan dan hikmah besar buat Zara Zya,” komen pelakon, Lufya Alaana.

Ads

“Semoga Allah permudahkan segalanya,” kata pelakon, Norynn Aziz.

“Jangan Lupa Maafkan Saya,” – Alami Sakit Leher, Tulang Belakang, Cyst & Fibroid, Zara Zya Jalani Pembedahan

Sejak beberapa hari lalu, perkongsian Zara yang memaparkan dirinya sedang dirawat di hospital telah menimbulkan kebimbangan di hati para peminat.

Malah, peminat juga dilihat seperti tidak menyangka Zara mengalami komplikasi kesihatan yang serius.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI