
Pelakon, Memey Suhaiza ada menitipkan doa buat anak tirinya, Mohamed Danish Hakim yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Isteri kepada pelakon Norman Hakim ini turut berharap agar segala urusan Danish dipermudahkan dan dapat menjawab peperiksaan dengan tenang.
“Abg @danishhakimofficial dah nak start exam SPM.
“Cabaran besar utk semua anak2 yg nak ambik exam sama baya dgn danish, dari tahun lps dgn situasi pembelajaran norma baru.
“Sampai waktunya juga utk exam. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak. Kami tau abg dah usaha sebaik mungkin,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mendoakan yang baik-baik buat pelajar yang mendudukan SPM tahun ini.
“Semoga diterangi hati untuk jawab segala nya dgn mudah & tenang. Doa mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany , mummy & papa @normanhakim_786 akn selalu mengiringimu Anak.
“Buat yg terbaik We love u. All the best utk anak2 yg nak ambik spm juga ye. Semoga berjaya dunia akhirat.
“Jgn lupa minta ampun maaf pd semua, pada guru2, mintak halalkan segala ilmu, doa, & usaha buat yg terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama Norman pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya.
Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby pada tahun 2003 dan berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Foto : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpisah Jua & Jodoh Tak Panjang, Ini Rangkuman Artis Bercerai Tahun 2022

Tiada siapa yang mendirikan rumah tangga, mengharapkan perpisahan di pengakhiran jalan.
Namun, jika sudah tertulis suratan jodoh setakat itu sahaja, siapalah kita untuk melawan takdir Tuhan.
Tahun 2022 juga memperlihatkan bahtera perkahwinan beberapa selebriti melalui detik hitam apabila terpaksa berakhir dengan penceraian.
Di sini, MH rangkumkan perpisahan selebriti yang mendapat soroton sepanjang tahun ini.
1. Siti Saleha & Ahmad Lufti
Perkahwinan yang dibina pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha Baharum, 32, hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
Saleha sah bercerai talak satu dengan suami, Ahmad Lufti Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 17 Januari 2022.
Pasangan ini berkahwin pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
2. Ellie Suriaty & Azri Iskandar
Selepas 19 tahun hidup bersama, pasangan pelakon Ellie Suriaty, 52, dan Azri Iskandar, 54, mengambil keputusan meletakkan titik noktah dalam perhubungan mereka.
Ellie dan Azri disahkan bercerai pada 17 Mei 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azreel Omar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
3. Ashira & Bad Indigo
Mula berkenalan rapat ketika sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza kelapan (GV8), Ashira dan Bad Indigo kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.
Namun, hubungan mereka tidak kekal lama selepas mengambil keputusan untuk berpisah pada Jun 2022.
Ashira dan Bad tampil membuat pendedahan mengenai penceraian mereka menerusi rakaman sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
4. Mizz Nina & Noh Salleh
Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai pada Ogos 2022.
Kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mengenai perpisahan itu di laman Instagram masing-masing buat makluman umum.
Pasangan itu dilaporkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Nina ata Shazrina Azman, 42, dan vokalis kumpulan Hujan itu diijabkabulkan pada 1 Julai 2011. Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
5. Nad Zainal & Faliq Amiruddin
Pelakon Nad Zainal mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Faliq Amiruddin pada September lalu.
Berkahwin pada 18 Disember 2015, aktres itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1 tahun.
Walaupun sudah tidak lagi bersama, hubungan Nad dan bekas suami kekal baik demi dua anak mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Diuji Sebelum Ini Kerana Pernah 2 Kali Keguguran Di Awal Kehamilan,” – Alhamdulillah… Fasha Bakal Timang Baby Girl, Kongsi Pengalaman Hamil Pada Usia 35 Tahun

Aktres Fasha Sandha akhirnya mendedahkan jantina anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.
Sambil memanjatkan rasa syukur, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu bakal bersalin bayi perempuan, tidak lama lagi.
Perkongsian gembira itu disampaikan Fasha menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV.
“It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah. Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni, akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran di awal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat.
“Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi. Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor,” titip Fasha.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya matai ini tidak menafikan, hamil pada usianya ketika ini bukanlah suatu hal mudah, lebih-lebih dirinya turut alami alahan teruk pada awal kehamilan.
“Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahannya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim)3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat.
“Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi. Fuh lega.
“Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu), kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah,” katanya.
Difahamkan, video yang dikongsikan itu adalah momen kejutan yang dirancang khsus buat suami dan anak-anaknya.
“Video ni kenangan hanya kami ber4, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video drpd @reymokhtar. Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni.
“Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur.
“Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas drpd sy untuk membantu ibu2 lain. Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul.
“Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael #iburayfalraysha,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ubat Rindu Kepada Arwah…,” – Video Ini Buat Ramai Sedih, Sebak. Sepertinya Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee Masih Ada Di Sisi…

Terkedu seketika. Video seorang lelaki mirip seniman agung ini sedang tular dan pertama kali melihatnya, meremang bulu roma. Memang seiras!
Daripada nada percakapan, gaya nyanyian dan wajah memang saling tak tumpah seperti senimang agung, Tan Sri P.Ramlee.
View this post on InstagramA post shared by Fairuz Misran (@fairuzmisranofficial) on
“Niat enson matakaji semar ngiseng” kedengaran suara Fairuz Misran di corong telefon sewaktu MH menemubual lelaki dari Labuan Sabah ini. Bijak sungguh caranya perkenalkan diri.
Dia cukup terharu apabila diberi keistimewaan dan diberi peluang mengubat kerinduan peminat kepada allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Setiap kali saya ‘live’ di Facebook, komen penonton yang mengucapkan terima kasih kerana sudi mengubat kerinduan kepada allahyarham buat saya sebak.
“Kebanyakan peminat akan meminta lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, namun jujurnya sukar untuk saya nyanyikan kerana lagu itu punya jiwa yang besar. Sebak kerana lagu itu melambangkan hidup allahyarham.
“Jadi seboleh-bolehnya, saya elakkan untuk menyanyi lagu yang sedih. Saya mahu ada ingatan yang gembira sahaja untuk allahyarham,” ulasnya ketika ditemubual.
Untuk rekod, Fairuz merupakan juara Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2012. Namun, kisahnya sebagai P.Ramlee mula tular sekitar 2016 menerusi aplikasi Smule.
“Waktu itu rakan saya dari Penang yang sarankan untuk buat video. Lagu yang saya nyanyi ketika itu adalah Malam Bulan Di Pagar Bintang,” katanya.
Mesra dengan panggilan Ramlee oleh teman-teman, katanya, sewaktu memasuki pertandingan Bintang P.Ramlee, dia mula belajar cara percakapan, lenggok badan dan gaya nyanyian seniman itu.
“Bukan hanya menyanyi, ada juga yang meminta saya gayakan dialog lakonan P.Ramle. Insya-Allah saya akan usahakan.
“Cuma di Labuan, rangkaian internet tidak begitu elok, dan sebab itu saya jarang membuat ‘live’. Jadi harap peminat faham,” katanya yang mempunyai perniagaan runcit di Labuan.
Fairuz telahpun mendirikan rumahtangga selama 11 tahun bersama Noor Munira Mohamed.
Nah, MH hidangkan buat peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk mengubat kerinduan. Fairuz berharap, setiap kali mendengar karya P.Ramlee, peminat akan terus mengutus doa buatnya.
View this post on InstagramA post shared by Fairuz Misran (@fairuzmisranofficial) on
View this post on InstagramA post shared by Fairuz Misran (@fairuzmisranofficial) on
Foto – Instagram Fairuz Misran
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI