Bulan Ramadan bakal menemui 10 malam terakhir sebelum meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.
Rozita Ibrahim menerusi ruang Instagram memberikan peringatan dalam melaksanakan ibadah berpuasa.
Ulasnya, walaupun di bulan Ramadan, namun sukar untuk mengawal nafsu dan melakukan kesilapan.
Malah, lebih sia-sia apabila berpuasa tanpa menunaikan kewajipan bersolat.
“Assalamualaikum sahabat followers yg sgt sy sayangi..tulisan bonda pd pagi ini.
“Wlupun syaitan telah diikat waktu bulan Ramadan..tapi sebenarnya diri kita ni sendiri yg masih x mampu nak kawal dn xkn terlepas drpd membuat kesilapan…!
“Wlupun dah berbekalkn dgn iman..ilmu tp mesti akan ada lh pasang surutnya..nafsu dalam diri yg x blh dikawal..!kita mesti ada buat silap yg kita anggap benda tu sebagai benda2 remeh.
“Contohnya berpuasa..tp x solat..sbb berpuasa di bulan Ramadan dirasakn sbg satu budaya..klu kita x solat, maka kita ni hanya dpt lapar dn dahaga saja..! Lg satu..byk tidur disiang hari..sehingga terlepas dr peluang utk buat amal ibadah sprt baca quran..dn solat.
“Kesalahan2 ni lah sebenarnya yg akan mengurangkn pahala puasa kita.. sy dh tua2 ni pun tegas pd diri dn kalah dgn sikap dn hati sendiri.
“Ingat kita ni dah buat yg terbaik…!sebenarnya waktu bulan inilah yg kita perlu gunakn utk dijadikn sbg permulaan kpd kita org islam supaya jd lebih bai jdnya bila selepas bulan ramadhan.
“dn seterusnya beristiqamah pd bulan2 yg lain,” tulisnya mengingatkan.
Bulan Ramadan merupakan penghulu segala bulan. Rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya.
Jangan lupa rebut peluang menghidupkan 10 malam terakhir, mana tahu, dapat berjumpa Lailatul Qadar.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI