Pelawak yang kini penceramah bertauliah, Shamsul Ghau Ghau berkongsi kisah pedoman dari rakan selebriti, Allahyarham Mr Os.
Ujarnya, jangan sesekali malu andai terlihat miskin, tetapi malulah ketika kita berpura-pura kaya.
Lebih membanggakan, dengan pendapatan sebagai pemandu teksi, arwah mampu menampung pengajian ijazah perubatan anaknya di Mesir.
“Insya Allah Sahabat. Nanti kita Jumpa di sana yer. Kita Mati tak bawa duit. Kita Mati tak bawa Harta.
“Kita Mati tak bawa Keluarga. Kita Mati bawa Amal kita sahaja. Al Fatehah utk Al Marhum Mr Os,” kongsinya.
Sementara itu, Noorshila Amin turut berkongsi kisah sewaktu menaiki teksi yang dipandu arwah.
Sekadar imbasan, Mr Os atau nama sebenarnya, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
Foto : Instagram Shamsul Ghau Ghau