Gara-gara tidak fasih berbahasa Melayu, usahawan dan pelakon asal Indonesia, Tya Arifin mendedahkan dirinya telah dimarahi oleh pengarah ketika di set penggambaran.
Menurut Tya, bertutur sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu sememangnya bukan mudah namun, dia tetap bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahannya itu.
Bagaimanapun, menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini akui sedikit terkilan dengan tindakkan pengarah yang memarahinya di hadapan orang ramai.
“Kena marah ketika penggambaran kerana tak fasih Bahasa Melayu. Ya, normal la. Ternyata susah sangat tapi saya okay sahaja kena marah,” tulisnya.
Bagaimanapun, menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini akui sedikit terkilan dengan tindakkan pengarah yang memarahinya di hadapan orang ramai.
“Cuma kalau boleh, jangan marah depan orang ramai. Jaga air muka sikit. InsyaAllah saya akan perbaiki untuk memberi hasil karya yang baik. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya,” kongsinya lagi.
Ads
Insiden tersebut dikongsikan sendiri oleh Tya menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selaik turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat lakonan Tya di kaca televisyen.
“Sedihnya. Saya faham setiap orang ada kepayahan tersendiri. Saya harap agar awak dapat melaluinya dan mengambil ini sebagai satu cabaran untuk memperbaiki setiap kelemahan.
Ads
“Orang yang tak sombong dan berilmu. Dia tahu dia sedang bekerja dan tahu kena improve Bahasa Melayu dia. Jadi, dia mendengar teguran.
“Nak tengok hasil drama ni. Mesti mantap
“Pelakon yang bagus pasti akan membalas semula dengan hasil kerja yang bagus. Bukan hanya kata-kata sahaja.
“Ia satu proses pembelajaran. Jangan mengalah. Buktikan yang awak boleh,” antara komen-komen netizen.
Ads
Pada masa sama, Tya turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.
Setakat ini video berkenaan telah meraih lebih 800,000 jumlah tontonan di Tik Tok.
Sekadar informasi, Tya dan suaminya, Asyraf Khalid telah berkahwin pada 1 November 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa yang masing berusia enam dan empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.
Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.
“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.
“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.
Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.
“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.
“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.
“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.
Beberapa hari lalu, penyanyi dan pelakon Sharul Kamal ada mendedahkan dia antara individu yang tidak menyukai penyanyi, Haqiem Rusli tidak lama lalu.
Bagaimanapun, Sharul merakamkan rasa syukur apabila penyanyi yang sinonim dengan lagu Tergantung Sepi itu sudah pun memaafkan dirinya serta rakan industri yang pernah membencinya suatu ketika dahulu.
“Aku manusia biasa yang berdosa. aku antara orang yang benci haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia.
“Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih qiem,” tulisnya menerusi akaun Twitter.
Aku manusia biasa yang berdosa. aku antara orang yang benci haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia. Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih qiem @HaqiemRusli ❤️❤️❤️ pic.twitter.com/ismPNsxKdR
Dalam Tweet yang dilayangkan itu, bintang yang mulai dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia 2015 turut berkongsi paparan perbualan bersama Haqiem Rusli.
Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap bintang muda itu yang tidak takut untuk mengakui kesilapan seterusnya cuba untuk menjernihkan kembali situasi.
Sharul sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa buah single selain turut aktif berlakon dalam drama tempatan.
Sementara itu, Haqiem seperti yang dipetik mStar menjelaskan dia terpanggil untuk memberi sokongan kepada Sharul selepas membaca salah satu Tweet yang ditulis penyanyi berkenaan.
“Apabila saya ternampak tweet Sharul, saya sebagai orang yang pernah rapat dengan dia takkan nak biar saja dia macam tu? At least, bagi sikit kata-kata semangat untuk dia,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Haqiem turut berpendapat bahawa setiap insan seni yang berada dalam industri perlu kuat.
“Sebenarnya apabila jadi artis ni kita hidup dalam kebencian orang, kita hidup dalam kepujian orang. Orang lain tak tahu apa yang kami rasa.
“Mereka hanya boleh mengecam, jadi keyboard warrior, sebab mereka tak ada kat tempat kami. Jadi, kebanyakan daripada mereka menilai tanpa selidik apa yang berlaku,” tambahnya lagi.
Foto: Instagram Sharul Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu video tular memaparkan aksi seorang lelaki menyeksa seekor kucing baru-baru ini menyentak hati ramai pencinta kucing.
Dalam video tersebut kelihatan lelaki itu dengan sengaja melemparkan batu bata ke atas kepala kucing tersebut selepas diberikan makanan.
Rakaman video berkenaan bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai, tetapi turut menarik perhatian selebriti yang kini bermastautin di Australia, Wardina Safiyyah.
Wardina meluahkan rasa sedihnya sekali gus mengecam tindakan golongan orang yang tidak berhati perut kerana menganiaya haiwan.
Tambah Wardina lagi menerusi Instagram Story miliknya, individu yang suka menyeksa haiwan perlu mendapatkan rawatan mental.
“Individu sebegitu betul-betul sakit. Saya tak boleh tahanlah dengan orang yang menganiaya kucing atau anjing. Jangan seksa haiwan.
“Nak ingatkan saja, buat baik pada binatang boleh masuk syurga, besar pahala.
“Kalau aniaya binatang? Masuk neraka menyiksa binatang sekian! Kita ini semua tidaklah baik sangat. Mungkin dengan jaga kucing dapatlah jalan masuk syurga,” tulisnya.
Dalam pada itu, lelaki yang dirakam dalam video tular berkenaan dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wardina Saffiyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...