Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Azza Elite menyatakan rasa geram dan perkara itu dikongsikannya menerusi salah satu posting di Instagram.
Malah, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari kelihatan seperti kurang senang dengan tindakan seorang individu yang telah didakwa telah menganggu perniagaan miliknya.
Bagaimanapun, Azza tidak mendedahkan identiti individu terbabit.
“Jangan Memain Dengan Aku,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Azza turut meluahkan rasa sedih atas perkara yang berlaku terhadap dirinya.
“InsyaAllah rezeki Allah sgt luas.. aku sedih org buat aku.. takpe aku jual telekung .. jual sejadah ..,” tulisnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat ada memberi kata-kata semangat kepada Azza untuk sentiasa cekal dan tabah mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan.
Sekadar informasi, Azza kini bergiat aktif menceburi dalam bidang perniagaan telekung dan sejadah jenama miliknya sendiri.
Foto: Instagram Azza