“Jangan Mengata Anak Orang, Anak Kita Tak Tahu Lagi Macam Mana Nanti,” – Padu Betul Kata Ayda Jebat!

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ada memberi kata nasihat buat pengguna media sosial yang sering menghakimi perihal orang lain.

Menerusi posting terkininya yang dirakam bersama tunang, Nabil Mahir, penyanyi Mata ini memberikan reaksinya berhubung perkara berkenaan.

Baginya, lebih baik untuk tidak mengata mengenai keperibadian sesiapa kerana kita sendiri masih tidak tahu apa akan berlaku di kemudian hari.

“Salam Jumaat. Selfie dengan abang trending. Jangan mengata anak orang, Anak kita taktau lagi macam mana nanti.

“Jangan mengata ibu tunggal/bapa tunggal, Perkahwinan kita taktau lagi macam mana nanti.

“Senang kata jangan mengata semua oranglah, diri kita pun taktau macam mana pengakhirannya nanti,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda telah mengikat tali pertunangan bersama Nabil pada 28 April lalu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Published by
Nazar Rafiqhi