“Jangan Menyerah, Ayo Sekolah,” – Si Nopal Bikin Viral, Wany Hasrita Pula Buat Lagu Asyik Terngiang Dalam Kepala!

Share

Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama Si Nopal, Si Nopal,” Wany Hasrita menyahut seruan netizen yang mahukannya menyanyi lagi Si Nopal.

Terhibur dengan keletah Wany yang cukup sporting, ada netizen mengatakan bunyi akhir seperti kuda berdengus.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini sekali lagi ‘bikin netizen gila’ apabila berkongsi lagu terbaru Si Nopal di laman Instagramnya. 

I. AM. SO. SORRY. I. JUST. CANT.”

“Syalalalalala hiye hiye kontet,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video terbaru mengisahkan Si Nopal ingin ke sekolah namun hari hujan. Jadi terciptalah lagu ke sekolah waktu hujan. 

Jangan menyerah, ayuh sekolah.

“Syalalalala hiya hiya kontet,” nyanyi Si Nopal.

Terhibur dengan video tular ini, netizen turut ‘memarahi’ Wany kerana menyebabkan lagu ini kerap bermain dalam kepala.

Foto – Instagram Wany Hasrita

Published by
Noraini Abd Wahab