
Nampaknya pelakon, Saharul Ridzwan mempunyai cara paling comel untuk memujuk isterinya, Deena Emir yang sedang merajuk.
Menerusi laman Instagram, Saharul juga meminta bantuan daripada ‘followersnya’ untuk memujuk Deena.
“Wahai cinta hati permaisuriku @deenaemir , janganlah merajuk dengan saya, sy tahu awak rindu sangattt kat saya kan?
“Sabar kejap ye isteriku, sy kerja kuat2 , busy teruk ni utk masa depan kita. Lepas ni bulan 12 kita pergi tempt paling tenang dalam dunia.
“Sy upload gambar dengan caption ni bukan utk menunjuk2 tau sayang, tapi nak mintak backup dari followers supaya sokong saya utk pujuk awak. @kisah.ali pun dah ready nak type.
“‘suami awak cintakan awak’, Sayang awak kerana Allah, Cinta awak kerana Allah, Alhamdulillah hadirkan awak dalam hidup saya,” tulisnya.
Alahai, bersemut betul cara Saharul nak memujuk isterinya itu. Menjengah di ruangan komen kelihatan ramai yang meninggalkan komen buat pasangan berkenaan.
Tidak kurang juga yang memberikan idea-idea bernas mereka untuk Saharul memujuk isterinya itu.
Untuk rekod , pasangan tersebut berkahwin pada September 2016 lalu dan dikurniakan seorang anak, Luth Ali pada Jun, tahun lalu.
Foto/Instagram: Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesian Yang Terpaksa Buang Air Tepi Jalan, Dalam Semak Samun Termasuklah Adik Sayang Saya,” – R&R Banyak Tutup & 13 Jam Perjalanan, Ini Cerita Dr. Fazley

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya tatkala pulang dari kampung halaman di Pulau Pinang menuju ke ibu kota.
Perkara itu dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.
“First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain.
“Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa?
“Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.
“Ya allah, stressnya sebab R&R banyak yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun!
“Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun,” kongsi Fazley.
Dalam pada itu,Fazley menyatakan bahawa situasi tersebut (membuang air di tepi jalan) bukan berlaku padanya sahaja, tetapi juga kepada orang ramai.
“Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang 🙈🙈🙈Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu,” tulis Fazley panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Video/Foto : IG Fazley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang Orang Fikir Nak Hidup Sahaja & Berhadapan Hari Esok,” – Digesa Bayar Cukai Waktu Pandemik, Ini Luah Kata Pak Nil

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi meluahkan rasa apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta dirinya untuk menyelesaikan proses pembayaran cukai yang tertangguh segera meski dalam situasi pendamik Covid-19 ketika ini.
Memetik Kosmo Online! Aznil berpendapat pihak berwajib seharusnya bertimbang rasa lebih-lebih lagi ketika ramai rakyat yang terputus punca kewangan disebabkan oleh pendamik yang dah pun memasuki tempoh hampir dua tahun.
“Kes positif harian pun dah mencecah 17,000 dan dah nak masuk dua bulan kita semua berkurung. Berapa lama lagi nak hidup begini dan bagaimana dengan status ekonomi kita. Dan, bagaimana pula dengan nasib ibu bapa kita?
“Saya sendiri, semua projek terpaksa dibatalkan dan LHDN ada hati hantar surat menyuruh saya bayar cukai tertangguh. Saya memang tiada masalah dengan hal pembayaran cukai sebelum ini dan mampu bayar tapi dengan Covid nak masuk dua tahun, tentu ekonomi saya terjejas dan tak mampu nak bayar seperti biasa.
“Kalau betul kerajaan prihatin, di mana pertimbangan untuk kita semua? Kalau sebelum Covid-19, bolehlah kita bayar, sekarang dengan semuanya terbatas, bagaimana mahu bayar?,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Aznil turut memaklumkan ketika ini, rakyat sudah tidak memikirkan lagi mengenai perkara lain kerana bagi mereka soal kelangsungan hidup harus diberikan keutamaan.
“Sekarang kita fikir macam mana nak hidup hari esok dan hari-hari berikutnya sahaja. Tidakkah berasa malu meminta rakyat bayar cukai pada waktu terdesak seperti sekarang ini,” katanya.
“Dalam keadaan sekarang ramai orang mati sebab Covid-19, hilang keluarga dan pekerjaan, LHDN himpit dan ugut nak sekat passport atau perjalanan keluar negara, kemungkinan disenaraihitam dan diisyitiharkan muflis.
“Saya nak tanya, adakah kisah kisah tentang semua itu pada waktu terdesak sekarang? Siapa kisah nak keluar negara sekarang, tiada siapa. Dalam keadaan sekarang orang fikir nak hidup sahaja dan berdepan hari esok,” ujarnya lagi.
Aznil yang mesra disapa Pak Nil turut berharap agar pihak berkenaan dapat memberikan kelonggaran terutamanya tentang penstrukturan semula pembayaran tunggakan cukai berbanding terus menggesa rakyat membuat bayaran tanpa memikirkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Kosmo Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ketika Kejadian Saya Nampak Darah Keluar Dengan Banyak Di Muka Sehingga Saya Pengsan…,” – Penyanyi Rap Lil J Kemalangan

Penyanyi rap, Lil J mendedahkan dia terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi ketika sedang bercuti di destinasi percutian itu pada Isnin.
Menurut Lil J atau nama sebenarnya, Viraj Raj, 22, insiden yang berlaku kira-kira jam 8.00 malam itu menyebabkan dia terpaksa menerima jahitan di beberapa bahagian anggota badan.
Memetik Harian Metro, motorsikal yang ditungganginya tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.
“Ketika saya memperlahankan motorsikal kerana terdapat bonggol di atas jalan, saya tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang hingga mengakibatkan bahagian dagu menerima 14 jahitan selain kaki kiri lapan jahitan dan lutut pula tiga jahitan.
“Ketika kejadian saya nampak darah keluar dengan banyak di bahagian muka sehingga saya pengsan di tempat kejadian. Namun, mujurlah ada dua kenalan yang mengenali saya datang membantu dan membawa saya ke hospital.
“Sebenarnya saya ke Pulau Langkawi seorang diri sejak Jumaat lalu. Tak sangka percutian saya berakhir dengan kemalangan. Saya bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius berlaku dan ada yang mengenali saya ketika itu,” katanya.
Berikutan kemalangan yang berlaku, Lil J yang sudah pulang ke rumah sejak semalam sudah membuat laporan polis.
“Laporan polis sudah dibuat tapi saya tak boleh nak berkongsi maklumat terperinci kepada pihak polis kerana saya tidak melihat nombor pendaftaran kereta yang melanggar saya. Cuma, saya perasan kenderaan itu adalah jenis Toyata Innova.
“Sekarang ini saya sudah berada di rumah bersama keluarga. Sepatutnya, semalam saya membuat persembahan di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021), tapi disebabkan insiden yang berlaku saya kena berehat dengan secukupnya.
“Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya mungkin akan bercuti selama tiga minggu dan sekarang masih menahan kesakitan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Lil J
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI