Pelakon terkenal, Nur Fazura akui banyak mendengar kisah mengenai luahan para isteri yang tidak bahagia dengan perkahwinan mereka.
Menurut Fazura, situasi itu bukan sahaja dapat dilihat di media sosial tapi ia juga berlaku dalam kalangan rakan-rakannya.
“Kalau melihat pada keadaan sekarang, banyak isu melibatkan pasangan suami isteri diperkatakan di media sosial.
“Kadang-kadang, saya ada juga terbaca yang banyak isteri merana dengan perkahwinan.
“Ramai yang tak bahagia. Malah, rakan-rakan saya sendiri sama ada artis atau bukan artis, hampir 80 peratus sedang hadapi dugaan dalam perkahwinan mereka,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, pelakon drama Lelaki Itu turut menasihati para wanita untuk tidak mudah berpuasa hati dan harus mengenal hati budi para suami terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Saya pun tak pandai sangat nak memberikan nasihat. Namun, buat mereka yang mempunyai rasa takut untuk berumah tangga, banyakkan berdoa.
“Jangan mudah berpuas hati dan pandang rupa semata-mata. Mungkin sekarang kita cari yang tampan sahaja tapi itu tak cukup.
“Kenal hati budi dan latar belakang bakal suami itu lama sedikit. Pastikan dia mampu jalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
“Semoga bakal suami boleh menghormati keluarga kita. Ambillah masa anda,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Fazura turut mengingatkan para suami untuk menilai semula tahap kemampuan dan berlaku adil sekiranya berhasrat untuk berpoligami.
“Bila bercakap mengenai poligami atau ‘penyondol’ kita hanya akan nampak perkara jahat sahaja atau mereka tiada hak langsung terhadap suami.
“Sebenarnya, di dalam Islam, tidak kisahlah sama ada isteri kedua, ketiga atau keempat, mereka ada hak masing-masing yang sama rata.
“Sebab itu bila suami nak berpoligami, pastikan anda mampu. Nak kahwin pun kena mampu juga. Kalau tak mampu janganlah kahwin. Nanti tak terjalan tanggungjawab dan merana isteri nanti,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI