Sejak semalam, nama penyanyi muda, Masya Masyitah menjadi bualan hangat netizen susulan tular satu hantaran di laman Instagram yang memaparkan penyanyi berkenaan mengenakan skirt pendek dan seluar ‘legging’ yang dikatakan agak jarang.

Disebabkan foto tersebut, Masya telah dikritik netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang dikatakan seperti mempersenda imej wanita berhijab.

“Jangan Nampakkan Islam Hina, Ramai Idolakan Awak,” – Pakai Skirt Pendek & ‘Legging’ Seakan Jarang, Individu Ini Nasihat Masya Masyitah “Jangan Nampakkan Islam Hina, Ramai Idolakan Awak,” – Pakai Skirt Pendek & ‘Legging’ Seakan Jarang, Individu Ini Nasihat Masya Masyitah

Sehingga kini, foto berkenaan telah meraih lebih 21,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

Sementara itu, seorang netizen menzahirkan rasa kecewa dengan pemakaian penyanyi lagu Hapus itu yang dikatakan boleh memberikan persepsi buruk terhadap agama.

“Jangan Nampakkan Islam Hina, Ramai Idolakan Awak,” – Pakai Skirt Pendek & ‘Legging’ Seakan Jarang, Individu Ini Nasihat Masya Masyitah

Ads

“Dik, nasihat saya, jangan nampakkan Islam itu hina di mata yang bukan Islam. Kalau yang bukan Islam menghina kita, itu biasa.

“Yang luar biasanya apabila kita sendiri lahirnya Islam dan bertudung tapi berpakaian yang sangatlah tidak baik untuk dipertontonkan,” katanya di ruangan komen.

Katanya lagi, sebagai figura awam, Masya sepatutnya menunjukkan contoh terbaik buat para pengikutnya lebih-lebih lagi dari kalangan remaja.

Ads

“Awak public figure. Ramai orang kenal. Mungkin ramai adik-adik yang baru naik remaja atau remaja sekolah yang mengidolalan adik. Mohonlah tunjuk contoh fesyen yang baik-baik.

“Elakkan sesuatu yang boleh memulakan untuk berlakunya fitnah. Nasihat saya, padamlah dik gambar ni. Content masak popia adik lebih baik daripada gambar ini,” ujarnya lagi.

“Jangan Nampakkan Islam Hina, Ramai Idolakan Awak,” – Pakai Skirt Pendek & ‘Legging’ Seakan Jarang, Individu Ini Nasihat Masya Masyitah “Jangan Nampakkan Islam Hina, Ramai Idolakan Awak,” – Pakai Skirt Pendek & ‘Legging’ Seakan Jarang, Individu Ini Nasihat Masya Masyitah

Ads

Terdahulu, insiden ini sememangnya bukan kali pertama memandangkan imej Masya pernah beberapa kali dikritik sebelum ini.

Bagaimanapun, Masya mengambil pendekatan mendiamkan diri dan tidak mengendahkan komen-komen yang menghujani ruangan komen media sosialnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Masya Masyitah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI