Penyanyi dan komposer, Akim Ahmad menasihati kumpulan rock baru tempatan, Treehill Band untuk terus merendah diri jika berjaya menempa nama suatu hari nanti.
Berkongsi di laman Instagram, Akim memuat naik kenyataan tersebut selepas lagu ‘Terbang’ ciptaannya yang dinyanyikan oleh Treehill Band berjaya mendapat lebih 700 ribu tontonan di Youtube.
https://www.instagram.com/p/Bm2De_NB0x9/?hl=en&taken-by=akimahmad
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang support lagu @treehillmind Terbang. “Hidupku bersamamu, bagai menapak di sahara, sakit tidak terbayang, seperti disiat kulitku. Lerai ikatan, terbanglah pergi…” tulisnya
“Welcome. Jangan nanti dah hebat, kau acah maharaja, pastu kau eleh-elehkan aku eh rash,” katanya
Single terbaru kumpulan Treehil ini ialah hasil nukilan Akim yang turut dikenali sebagai Hang Nadim bersama Zimi selaku komposer.
Terdahulu, Treehill Band diangggotai oleh Harry (guitarist), Arash (Basist), Sabran (Vokalist) serta Aiman (Drum) dan kini sedang mencuba nasib melalui single terbaru berjudul Terbang.
Foto: Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI