Berkongsi renungan kata-kata di laman Instagram miliknya, setiap bait yang tertulis menjentik rasa di ruang paling dalam.

Jelas pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, setiap orang punya sebab tersendiri dalam menjalani kehidupan.

Memetik petikan berkenaan, jangan sesekali memaksa seseorang menjadi kaya dan menggambarkan kekayaan sebagai bukti kejayaan.

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu.

“Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion.

Ads

“Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap hari. Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

“Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolag semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih ‘makan gaji’ itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup.

Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih jadi suri rumah tangga sepenuh masa itu ‘loser’. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya,” kongsinya.

Ads

Jelasnya lagi, setiap kejadian manusia berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza.

“Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain,” ulas Afdlin lagi.

Ads

View this post on Instagram

jangan SOMBONG.. . shaukitv.com @spontanjuice

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Muat naik posting ini menerima reaksi pelbagai netizen dan rata-rata bersetuju dengan perkongsian ini.

Foto : Instagram Afdlin Shauki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI