Uncategorized

Jangan Pandang Remeh, Bekerja Di Syif Malam Boleh Meningkatkan Risiko Kencing Manis

Share

Syif Malam bukanlah sesuatu yang asing di era 2018. Jangan terkejut sebenarnya ada beberapa individu yang memang berniat untuk berkerja di waktu malam kerana mempunyai masalah untuk bangun pagi terutamanya dalam golongan warga muda.

Namun hati-hati, sebenarnya berkerja di syif malam itu mempunyai pelbagai risiko yang tidak sihat untuk tubuh badan dan minda.

Selain menganggu waktu rehat sebenar tubuh badan, ia juga mampu mendatangkan beberapa risiko seperti;

1.Meningkatkan Risiko Kencing Manis

Menurut satu kajian luar negara, kebanyakan individu yang mempunyai kencing manis itu tergolong dalam kalangan individu yang sering berjaga di waktu malam.

Ini kerana ‘minda yang berkerja’ akan menyebabkan seseorang itu memerlukan tenaga lebihan, secara tidak langsung mereka akan mencari sesuatu yang manis untuk terus berjaga.

Oleh kerana waktu malam adalah waktu paling perlahan sistem badan berfungsi makanan manis tersebut akan bertukar menjadi gula di tubuh badan dan akhirnya menyebabkan kandungan gula meningkat.

2.Obesiti!.

Tabiat tidur berlawanan dengan waktu sebenar badan berehat mampu memberi kesan daripada diabetes ke obesiti.

Sama seperti gula, sisa makanan yang dimakan akan terkumpul dalam badan dan akhirnya akan menjadi lemak seterusnya akan membuatkan tubuh badan semakin membesar.

Fakta ini telah disahkan sendiri oleh salah seorang penyelidik Ahli Sains Saraf, Orfeo M. Buxton, Ph.D.,di Brigham, Hospital Wanita memberitahu, tidur di waktu malam adalah lebih baik berbanding tidur di waktu pagi.

3.Terdedah Dengan Risiko Cedera

Mungkin ramai tidak tahu, risiko mengalami kecederaan atau kemalangan di tempat kerja pada syif malam sebenarnya dua kali ganda jika dibandingkan dengan risiko bekerja pada waktu pagi.

Melalui sebuah jurnal the Scandinavian Journal of Work, Environment and Health kebanyakan individu yang cedera di tempat kerja kebanyakannya apabila berada di waktu malam.

Ini kerana, ia akan menyebabkan badan terlalu letih dan mengantuk sehingga sesetengah individu cuai melakukan satu pekerjaan.

4.Lebih Mudah Terkena Kemurungan

Waktu kerja yang bertentangan dengan waktu kerja harian yang normal memang akan memberi efek yang tidak sihat pada tubuh badan.

Namun tahukah kamu sebenarnya ia juga boleh menganggu emosi seseorang?

Mana tidaknya, jika orang lain semua boleh keluar di waktu malam bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

Buat individu kerja syif malam kehidupan mereka hanya dihabiskan dengan tidur sahaja. Waktu kehidupan mereka agak terhad berbanding orang lain.

Malah mereka lebih terdorong menyendiri dan hanya habiskan masa di bilik tidur. Senang kata mereka akan kehilangan ‘life’ mereka.

Jika ia berlarutan, boleh menganggu emosi dan akhirnya menyebabkan seseorang itu kemurungan.

Published by
Lany Azman