MH pasti ramai yang mengenali pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman yang tidak dapat dinafikan kehebatannga dalam bidang fesyen.

Menurut satu sumber, Rizalman berkata dia kurang bersetuju dengan golongan selebriti yang terjun dalam bidang perniagaan pakaian dan fesyen tanpa sebarang ilmu pengetahuan tentang fesyen semata-mata untuk mengaut keuntungan.

‘Jangan Perkosa Industri Fesyen’ – Datuk Rizalman Selar Golongan Selebriti Keluarkan Jenama Sendiri

IKLAN

“Fesyen adalah satu industri yang serius dan dipandang tinggi, jadi bagi segelintir artis yang kurang tawaran berlakon atau jualan album tidak memberangsangkan, kemudian cuba untuk menjual baju.

 

“Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani.

 

“Jangan perkosa industri fesyen sebab fesyenlah yang boleh membina tamadun, mengubah ekonomi negara, mengubah watak seseorang individu dan memberikan pelbagai jaminan dalam aspek kehidupan manusia,” katanya kepada Astro Gempak.

‘Jangan Perkosa Industri Fesyen’ – Datuk Rizalman Selar Golongan Selebriti Keluarkan Jenama Sendiri

IKLAN

Dalam pada itu, pada bulan Mac nanti sebuah rancangan bertajuk Gen F yang akan mencari bakat pelapis pereka fesyen akan ditayangkan di saluran Astro.

IKLAN

Oleh itu Rizalman berkata, dengan adanya program Gen F ini akan memaparkan kesukaran yang perlu dilalui dan kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pereka fesyen.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI