Pelakon Idzham Ismail ada menitipkan janjinya buat keluarga tercinta. Titipan kata itu turut dikongsikan pelakon tinggi lampai ini menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia berjanji untuk menjadi suami yang boleh diharapkan isteri dan anak, serta akan sentiasa berada di samping yang tersayang setiap masa.
Malah, pelakon drama rantaian Pia ini juga turut mengharapkan perkara sama dari isteri tercinta.
“Saya post gambar ni sebab isteri saya kata this is the most beautiful picture dalam pandangan dia.
“Saya pernah berjanji untuk menjadi orang yang paling boleh diharap untuk isteri saya. Orang yang dia boleh bergantung. Orang yang tolong keluarga dia,” tulis Idzham.
“Orang yang dia tahu saya ada bila dia perlukan bila bila masa. Orang yang jaga kemewahan dia dan anak anak.
“Saya akan jadi seperti yang saya janjikan sebelum kita kahwin dulu. Jangan pernah lupa janji kita sebelum kita akad menjadi suami Isteri dulu. Amin InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Idzham yang mulai dikenali menerusi watak Panjang dalam drama Juvana menamatkan zaman bujangnya pada 27 Ogos 2016 bersama Siti Nur Abillah Shamsuddin.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan telah dikurniakan seorang anak perempuan Nur Sofea Inara.
Foto: Instagram Idzham Ismail