Pelakon senior, Jasmin Hamid mengakui sebelum memulakan sesebuah babak, adalah amat penting baginya untuk melakukan raptai atau latihan dialog bersama rakan pelakon terlebih dulu.
Malah jelasnya lagi, usah rasa diri sudah hebat sehingga tidak perlu untuk membuat latihan sebelum penggambaran sebenar bermula.
“Sebelum masuk gelanggang, pelakon wajib rehearsal dialogue dulu. Jangan pernah merasa diri sudah cukup HEBAT dan tak perlu rehearsal sebelum masuk gelanggang.
Ads
“Sebagai seorang pelakon, kena sentiasa bersedia dan rasa ruang. Kami berdua muka tak masuk paku untuk drama kali ini mengikut kehendak watak,” tulisnya menerusi pautan foto bersama Ruhainies.
Keduanya kini sedang sibuk di set lokasi drama bersiri, Cukup Derita Itu yang turut dibarisi pelakon lain seperti Didie Alias, Dian P Ramlee, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Jasmin sebelum ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 1997 menerusi telefilem, Jutawan Segera.
Ads
Malah, bintang berusia 46 tahun ini turut merakam kembali detik indah itu menerusi program MH Throwback.
Ads
Tontonya di sini;
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam merupakan momen terindah buat pasangan Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali yang telah selamat meraikan majlis perkahwinan mereka.
Bagi mereka yang mungkin terlepas pandang busana yang digayakan Nadiyah, sebenarnya pelakon berusia 27 tahun itu telah mengenakan lima jenis persalinan yang berbeza, sebelum sehinggalah kepada majlis resepsi.
Jadi, jom MH senaraikan antara busana pengantin baru itu.
1. Henna night
Wow! Sangat mempersonakan apabila Nadiyah mengenakan busana persis gadis Arab dengan pakaian berona peach lembut.
2. Malam berinai (menari)
Bagaikan pelakon Bollywood, Nadiyah tampil cantik mengenakan sari berwarna merah pada malam majlis berinainya yang diadakan pada Jumaat lalu.
3. Majlis akad nikah
Putih,bersih dan berseri. Itu sudah cukup menggambarkan suasana harmoni pada majlis pernikahan Nadiyah dan Ben.
Nadiyah kelihatan sangat jelita menyarungkan dress dan veil berwarna putih, manakala Ben tampil segak berjubah dan berserban. Arabic gitu!
4. Majlis resepsi (keluarga)
Berseri-seri sungguh pengantin baru ini menyarungkan baju songket berwarna kuning lembut. Cantik dan segak!
5. Majlis resepsi (kawan-kawan dan rakan media)
Bagaikan kisah dongeng ‘Cinderella’, Nadiyah kelihatan sangat anggun menggayakan gaun berwarna putih-cream hasil rekaan dari Putra Aziz ,manakala Ben kelihatan kacak memakai suit berona biru gelap!
Kedua-dua mempelai ini selamat mengadakan majlis resepsi di Damansara Perdana malam tadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perkara itu disahkan sendiri Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa menerusi laporan Harian Metro.
Ahli perniagaan itu pada masa sama menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi.
“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.
“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.
“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting.
“Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Nabila turut menjelaskan, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz. Sebaliknya, mereka kini saling bertukar pendapat dan masih berkawan.
“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.
“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya.
“Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya yang turut menyifatkan Sharnaaz sebagai ayah yang baik kepada Jebat.
“Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira.
“Yelah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.
Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 lalu dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, dua tahun.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Nabil Ahmad menyifatkan dakwaan yang mengatakan bahawa cara pengacaraan rakan hosnya di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV90, Elly Mazlein sebagai mengganggu dan ‘overshadow’ peserta sebagai sesuatu yang subjektif.
Perkongsian dan pendapat yang dikongsikan Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad itu sekaligus menepis cakap-cakap segelintir pihak dan menurut Nabil, perhatian diberikan kepada Elly yang mesra disapa Kak Lina itu turut dibantu peminat dan penonton yang banyak berkongsi di laman sosial.
“Soal Elly menjadi perhatian lebih daripada peserta, pada saya ia subjektif. Yang menjadikan Elly sebegitu adalah peminat dia yang suka keletah dia. Mereka atau penonton berkongsi di di media sosial.
“Saya yang berada di situ tetap melihat peserta lebih mendapat perhatian. Dia tak ‘overshadow’ peserta pun. Cuma bila orang memuat naik di media sosial, memanglah nampak dia menjadi perhatian,” katanya.
Nabil turut menambah, pemilihan Elly bagi menggantikan Jihan Muse itu memberikan suasana baharu kepada program itu.
“Sebenarnya apa yang penonton tengok di kaca TV, Elly dah buat masa sesi latihan lagi. Peserta dah tahu pun apa Elly akan buat. Mungkin sewaktu latihan peserta boleh tahan lagi dan ketika persembahan sebenar menjadi kelakar betul. Itu yang nampak dia seperti mengganggu.
“Saya dah buat GV selama sembilan tahun. Sampai terfikir apa lagi yang nak dibuat bagi membantu program ini supaya sentiasa diperkatakan. Secara peribadi, saya gembira sebab ada Elly yang boleh buat perkara itu. Tenaga dia lain hingga orang bercakap mengenai GV dan Elly.
“Bagi saya, apa saja yang diperkatakan hingga tular, ia bagus untuk program itu. Sebagai ‘showbiz’ lantaklah apa yang terjadi dan diperkatakan. Pada akhirnya, ia hanya satu persembahan. Tapi kita tidaklah sampai melampaui batas agama. Kami tahu batasannya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...