“Jangan Pernah Merasa Diri Sudah Cukup Hebat, Tak Perlu Rehearsal Sebelum…” – Jasmin Hamid

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid mengakui sebelum memulakan sesebuah babak, adalah amat penting baginya untuk melakukan raptai atau latihan dialog bersama rakan pelakon terlebih dulu.

Malah jelasnya lagi, usah rasa diri sudah hebat sehingga tidak perlu untuk membuat latihan sebelum penggambaran sebenar bermula.

“Sebelum masuk gelanggang, pelakon wajib rehearsal dialogue dulu. Jangan pernah merasa diri sudah cukup HEBAT dan tak perlu rehearsal sebelum masuk gelanggang.

“Sebagai seorang pelakon, kena sentiasa bersedia dan rasa ruang. Kami berdua muka tak masuk paku untuk drama kali ini mengikut kehendak watak,” tulisnya menerusi pautan foto bersama Ruhainies.

Keduanya kini sedang sibuk di set lokasi drama bersiri, Cukup Derita Itu yang turut dibarisi pelakon lain seperti Didie Alias, Dian P Ramlee, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Jasmin sebelum ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 1997 menerusi telefilem, Jutawan Segera.

Malah, bintang berusia 46 tahun ini turut merakam kembali detik indah itu menerusi program MH Throwback.

Tontonya di sini;

Foto: Instagram Jasmin Hamid

Published by
MH