Pelakon Serina Redzuawan tidak menafikan gagal sekali bukan bererti ia berakhir sesebuah peluang.
Sebagai wanita yang pernah menghadapi situasi berpisah dengan pasangan, Serina berpendapat penceraian suratan takdir dari Yang Maha Esa.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah menyifatkan perkara yang berlaku sebagai satu kegagalan yang boleh menjadi penghalang untuknya kembali mencari kebahagiaan.
“Setiap orang tidak tahu apa yang Tuhan takdirkan dalam hidup dia, jadi sekiranya kita dah lalui satu fasa hitam jangan kita rasa hidup kita itu sudah gagal. Maksudnya, contoh sekali kita bercerai jangan rasa diri kita sudah tidak boleh bahagia lagi,” katanya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menasihati semua untuk sentiasa bersangka baik dengan setiap takdir yang sudah diaturkan Allah SWT.
“Pada hakikatnya kadang-kadang Allah ambil sesuatu yang buruk dalam hidup kita untuk hadirkan sesuatu yang lebih baik. Ibarat orang kata, Allah berikan hujan ribut kemudian Dia beri pelangi dalam hidup kita.
“Maka kita kena selalu bersangka baik dengan apa yang Allah aturkan dalam hidup, perancangan Allah itu sebaik-baiknya,” katanya.
Ads
Di samping itu, Serina akui sebagai manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dalam membuat keputusan pemilihan hidup sebelum ini.
“Kadang-kadang kita sebagai manusia adakalanya kita gagal membuat pemilihan dalam hidup, contoh kita pilih pasangan kita itu sebab dia kacak, cantik, kaya dan sebagainya tetapi akhirnya kita dapat tahu sebenarnya pilihan kita itu tidak betul.
“Jadi macam saya bila diberikan jodoh buat kali kedua ini, saya rasa Ya Allah ini adalah jodoh yang sebaik-baiknya Allah hadirkan pada saya yang saya tidak pernah sangka selama ini,” luahnya jujur.
Nasihat Serina, setiap pasangan jangan terlalu mencari kesempurnaan sebaliknya saling menerima kekurangan antara satu sama lain.
Ads
“Sebab itu bila kami bersama walaupun dari dua dunia yang berbeza saya nampai bila kami bersatu sebagai suami isteri kami saling melengkap antara satu sama lain.
“Kesempurnaan itu tidak akan ada dalam satu rumah tangga tapi adalah saling melengkapi antara satu sama lain yang membuatkan perkahwinan itu manis sebenarnya,” katanya lagi.
Gambar
Gambar
Serina berkongsi perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Jumaat.
Ads
Serina kini hidup bahagia harmoni selepas mendirikan rumah tangga bersama pegawai polis, Meor Mohammad Aidid pada 8 April lalu.
Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin atau nama Islamnya Salahudin sebelum bercerai pada tanggal 1 Ogos 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Serina Redzuawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Eka Sharif berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sudah berbadan dua meski belum sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya.
Kandungannya kini mencecah usia tiga bulan dan perkongsian tersebut dilakukan bintang Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9) itu menerusi satu posting di Instagram.
Malah, imej terkininya juga sudah jelas menunjukkan ‘baby bump’.
PKPB dilanjutkan lagi?! ni kali ke-3 eka postpone majlis. Mungkin ni yg terbaik, lagipun buat review dlm umah ni pon dah x larat ni kan plak nak berjalan.
“Takpe lah kite stay at home je ekh…. #3months,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, ada yang menzahirkan ucapan tahniah dan ada di antara respon yang ditinggalkan mendapat reaksi balas Eka.
Terdahulu, bintang ini mengadakan majlis pernikahan bersama suami, Nazrulnazim Abdul Jabar secara ringkas pada 19 Julai lalu selepas dua kali terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya ekoran pandemik covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memaklumkan isterinya, Ayunda Putri telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan selepas dia didapati pengsan pada malam semalam.
Menurut Haziq, antara punca yang menyebabkan isterinya itu jatuh pensan adalah kerana tekanan darah rendah dan kurang hemoglobin.
Katanya lagi, isterinya itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan kini memerlukan rehat yang mencukupi.
“Kak Putri hangpa okay. Tadi dia pitam sat. Sebab still darah rendah and kurang hemoglobin.
“She is resting now. Thank you semua yang dm and mendoakan,” tulisnya
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Hot FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Haziq turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun kesejahteraan isteirnya itu.
“Get well soon Puti. Stay strong okay.
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
“Banyakkan berehat. Makan makanan yang tinggi zat besi. Semoga lekas sembuh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi baru, Eranzz atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahdan meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas penghargaan menerima undangan dari penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang untuk menyanyi sama di konsertnya yang bakal dilangsungkan tahun hadapan.
Pada masa sama, pemenang tempat ketiga di program hiburan Seberang, Golden Memories Asia yang berlangsung baru-baru ini itu juga menyifatkan pelawaan yang diterima sebagai sesuatu yang bermakna, apatah lagi dia masih lagi baru mencari tapak dalam seni.
Bintang itu turut menyifatkan ia sebagai satu mimpi dan berharap ia bakal menjadi kenyataan.
Malah, Eranzz turut berkongsi potongan klip video undangan Hetty di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
“Terima kasih Bunda! Sesuatu yang sangat besar utk saya.. diundang oleh Bunda Hetty Koes Endang @hke57 utk Menyanyi bersama di Konsert Besar Bunda di Malaysia tahun hadapan.
“Satu penghargaan yg sangat tinggi nilainya buat saya yang sememangnya bukan siapa2 di Malaysia. Terima kasih bunda, semoga imipan ini menjadi kenyataan menyanyi di hadapan bunda ini bagaikan mimpi karena saya membesar dan bekerja dgn lagu2 dari Bunda.
“Sewaktu di konsert Golden Memories Asia ini..saya hanya berpura ngak grogi (nerves) padahal dalam hati tuhan aja yang tau! Semua yg ada di @goldenmemoriesasia ini adalah legend! Boleh dikatakan GILA PENGALAMAN ini.
“Terima kasih sekali lagi bunda Hetty kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar serta masukan buat saya untuk masa hadapan… SEMOGA TAHUN 2020 akn menjadi permulaan yang baik untuk saya.. love u Bunda,” tulisnya.
Terkini, Eranzz turut mengambil peluang menonton program Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad lalu sekali gus sempat bertemu dengan bintang idolanya itu selepas sekian lama tidak bersua.
“Ya Allah sedihnya dan terharunya kayak jumpa ibu sendiri yang lama terpisah, kesempatan ketemu Bunda di Malaysia.
“Sempat beri ole-ole untuk bunda,” jelasnya lagi yang kini sedang mencari material untuk melancarkan single sendiri tidak lama lagi.
Golden Memories Asia merupakan pertandingan pencarian bakat nyanyian lagu-lagu nostalgia era 1970-an sehingga 2000 yang diikuti enam negara Asia Tenggara, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita tahun ini lebih meriah dengan kehadiran selebriti popular seperti Zue Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza Razak (Bintang...