Tindakan pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang dilihat sakan menari sewaktu membuat persembahan di sebuah program pada Ahad lalu nyata
mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa risau memandangkan Ayda kini sedang hamil anak kedua.
Terbaharunya, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, penyanyi lagu Nakal itu berterima diatas keperihatinan para netizen terhadap keadaannya ketika ini.
Jelas Ayda, dia berani bertindak sedemikian kerana usia kandungannya baru mencecah lima bulan.
View this post on Instagram
“Mommy bersenam sikit haritu. Turun je stage, Nabil cakap ‘bukan main lagi eh bila dapat mic! Lupa pregnant ke?’.
“Semua jangan risau. Alhamdulillah saya dan baby okay. Dan belum tujuh bulan sarat mengandung ya! Lima bulan lebih,” tulisnya.
Lantaran itu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya dan kandungan.
“Doakan semuanya baik-baik saja ya! Hehe. Sorry, lepas gian. Lama tak perform,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji stamina dan keupayaan Ayda untuk kekal aktif meskipun dalam keadaan sedang hamil.
“Hot betul Ayda. Apapun memang best.
“Kita pula yang tengok jadi mengah.
“Hot mama.
“Comelnya mommy. Tak mengapa. Tu dikira exercise la tu. Nanti senang sikit nak beranak.
“Tak mengapa sis. Lagi mudah bersalin bila kita exercise. Kena banyak aktif bila mengandung. Tak perlu fikir komen negatif netizen. Lain body lain ragamnya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI