
Sharnaaz Ahmad ada berkongsi foto terkini putera tunggalnya, Jebat Jayden.
Sambil menyifatkan anaknya itu cepat membesar, bintang Polis Evo 3 ini turut menyatakan akan kepentingan permata hati dalam kehidupannya.
“Bakal perenang olympic satu hari nanti amin. Cepat anak ba besar, jangan risau cheq tetap no satu dalam hidup ba.
“Apa pun, siapa pun.. cheq tetap no 1 … fullstop,” tulis Sharnaaz menerusi pautan foto anak lelaki yang tampak comel mengenakan baju-T putih bercorak.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi yang pelbagai.
Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jelak Di Hina Gemuk! Melly Goeslow ‘Persetankan’ Cacian, Akhirnya 23kg Lemak Sold Out!

Isi Kandungan
Toggle
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setelah menjalani pembedahan Bariatrik.
Turun 23 Kilogram Dalam Masa 4 Bulan
Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.
Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Melly Goeslow
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tanya Apa Doa Mama Ketika Mengandungkan Lofa…,” – Hidayah Milik Allah, Ini Teks Si Ibu Di WhatsApp Buat Neelofa

Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada menitipkan kata buat anaknya sejurus mendapat tahu bekas pengacara program MeleTop itu sudah mengenakan niqab.
Menerusi aplikasi WhatsApps, teks tersebut turut dikongsikan kembali Neelofa di Insta Stories miliknya.
Dalam rasa gembira dalam syukur, Kartini memberitahu dia rasa sebak, sedih dan tidak dapat menjelaskan apa yang terbuku di dalam hati.
“Love (Lofa) tiba-tiba jadi sebak, sedih dengan diri sendiri dan tak tahu nak cakap apa sebenarnya dalam hati. Hidayah milik Allah dan tak semua orang dapat hidayah tu termasuk mama.
“Banyak sangat teks, panggilan yang tanya apa doa-doa mama ketika mengandungkan Lofa sehingga Lofa berada pada tahap sekarang.
“Sedangkan, mama rasa banyak lagi kekurangan dalam mendidik anak dan kalau boleh nak ke masa lalu untuk mulakan kembali didik anak dengan lebih baik,” tulisnya.
Pada masa sama, Kartini turut mendoakan kesejahteraan anaknya itu sambil menyifatkan Neelofa sebagai permata hatinya yang tidak ternilai.
“Tapi apa pun, mama nak beritahu, terima kasih kerana jadi anak yang baik, penyejuk mata dan penyeri jiwa, penawar rohani, permata hati mama yang tidak ternilai.
“Mama love you so much bidadariku sayang,” titipnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik beberapa keping fotonya di Instagram yang seolah-olah membayangkan dirinya kini sudah pun berniqab atau berpurdah.
View this post on InstagramA post shared by Neelofa (@neelofa) on
Menerusi satu kenyataan, Neelofa meminta ramai agar mendoakan yang terbaik terhadap perjalanan baharunya ini.
Keputusan yang diambil figura asal Kelantan ini juga disambut baik ramai termasuk rakan selebriti.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Sekali Kamu Guna Kata Kesat Ketika Bertengkar,” – Hari Jadi Isteri, Aaron Aziz, Mohon Allah Kurniakan Syurga Tertinggi

Aktor popular, Datuk Aaron Aziz merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Diana Halik yang kini sudah menginjak usia 40 tahun.
Dalam titipan tersebut, Aaaron menyifatkan isterinya itu sebagai sumber kekuatan buat dirinya untuk terus kuat bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Katanya lagi, Diana juga seringkali mengingatkannya untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia.
“Hi Dar, Semoga awak suka dengan hadiah tu. Welcome to the 40s club. Banyak benda I bersyukur sangat kepada ALLAH in my life.
“Kamu merupakan sumber kepada kekuatan saya dan tulang belakang kepada keluarga. Menjadi jiwa ketika saya terasa seperti ingin mengalah.
“Orang yang sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa berbuat baik dan bersedekah buat mereka yang memerlukan serta kurang bernasib baik,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, dia juga turut mengagumi sikap isterinya yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Kasih sayang dan kesabaran tinggi yang sentiasa kamu tunjukkan membuatkan saya tertanya-tanya macam mana kamu boleh atasi perangai pelik dan sikap baran saya. Tak pernah sekali pun saya dengar kamu menggunakan kata-kata kesat ketika kita bertengkar.
“Kamu adalah ‘tiket’ saya menuju ke syurga. Semoga Allah mengurniakan kamu dengan ketengan jiwa dan diberikan ganjaran syurga yang teringgi.
“Love you Dar. Saya harap awak boleh maafkan segala kesalahan dan kekurangan saya. Teruskanlah mencintai saya seadanya,” ucapnya lagi.
Dikesempatan itu juga, pelakon asal Singapura ini turut berjanji akan sentiasa menyayangi isterinya itu hingga akhir hayatnya.
“Saya tak boleh nak berjanji untuk sentiasa ada disepanjang hidup kamu tetapi saya boleh berjanji untuk sentiasa mencintai kamu disepanjang hayat saya.
“Selamat hari lahir Diana Halik. Semoga kita sekeluarga sentiasa di dalam keberkatannya. Ameen,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Aaron dan isterinya itu akan kekal bahagia hingga jannah.
“Pasangan yang dicemburui. Semoga bahagia hingga je jannah. Happy birthday madam.
“Happy birthday gorgeous mummy. Semoga kekal bahagia disamping keluarga tercinta. Till jannah aamiin.
“Happy Birthday Maam @diyanahalik . Moga panjang umur, murah rezeki dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah..aamiin yaa rabb.
“Happy birthday Datin Diyana, semoga dirahmati Dan diberkati Allah sentiasa.
“Happy birthday kak @diyanahalik Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang banyak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana Halik pada 2003.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz & Dayana Halik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI