Menanti kelahiran cahaya mata sulung, pelakon dan usahawan Ardell Aryana enak menikmati buah nanas.
Bagaimanapun, segelintir netizen telah meninggalkan komen dengan rasa bimbang apabila pelakon itu ‘selamba’ menikmati buah tersebut yang dianggap ‘tajam’ bagi masyarakat dahulu kala.
“Cuma buat potongan seni sikit , 3 bahan ini sahaja boleh buat korang “Ngencesss”. Uuuuuiiihh!!! Tengok resepi makan pineapple ni.
“Full video boleh click je link YouTube di profile saya , inshaallah tak menyesal. Khas buat Followers 1.2M yang tengah keboringan , boleh add on dalam menu “ Tempoh berkurung “ korang.
“Selamat mencuba #stayathome and try this.
“Mudah, Sedap, Menyegarkan, ikut cara yang betul kat ok . #alhamdulillah pasni habis nenas di kebun,”tulisnya.
Mahu memperbetulkan spekulasi yang timbul, Nadzmi Adhwa menjelaskan bahawa mereka telah mendapat khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu.
“Sedapnya. jangan risau. Doktor kata boleh,” balasnya.
Terdahulu, pemilik nama penuh Nurul Hidayah Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adhwa pada 1 September tahun lalu.
Foto : Instagram Ardell Aryana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI