Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah ada berkongsi foto yang merakamkan dirinya saat masih di bangku persekolahan, kira-kira 16 tahun lalu.

Perkongsian tersebut dibuat Nonny menerusi Instagram, awal malam tadi.

Kongsinya, usah terlalu risau andai pada fasa remaja, kita tidaklah secantik orang lain.

IKLAN

“Jangan risau kalau dlm fasa remaja kita tak secantik orang lain. Enjoy the moment. Setiap orang mempunyai kecantikan & kelebihan kat diri masing2.

“Biar hina di mata manusia,
Cantik di mata Allah.. chehh!! sep sket. Nanti umur dah meningkat,trust me korang akan rindu zaman2 nie!!Cer teka time tu ciknons form berapa?hahaha, tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, Nonny turut menekankan supaya adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri.

“Takyah rushing nak jadi 25thn,
just be yourself okay!,” kongsinya lagu sambil memberi kredit kepada jenama penjagaan wajah.

IKLAN

Foto: Instagram Nonny Nadirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI