“Jangan Risau Kami Akan Jaga Ibu Sebaik Mungkin,”- Lebih 2 Minggu Meninggal Dunia, Doa Ariz Forteen Moga Arwah Bapa Tenang Di Alam Sana

Share

Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Abdul Hamid Haji Ibrahim pada 22 April lalu.

Menerusi entri terkini milik penyanyi itu di Instagram, bintang berusia 30 tahun ini ada mengimbau foto arwah bapa tercinta ketika di usia muda.

Ariz juga ada menitipkan doa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-62 tahun.

Bukan itu sahaja, Ariz turut berkongsi keperibadian bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar buat dirinya sekeluarga.

“Abah aku kpop dulu. Haha! Selamat Ulangtahun Abah yang ke 62 tahun. Terima kasih abah atas segala kerja keras, Abah banyak bantu keluarga dan orang lain.

“Terima kasih sebab ajar kami berdikari dari dulu lagi. Abah jangan risau kami akan jaga Ibu sebaik mungkin. Moga Abah tenang di sana. Al-fatihah,” tulisnya.

MH mengucapkan salam takziah kepada Ariz sekeluarga dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Foto: Instagram Arif Lufiaz

Published by
Nazar Rafiqhi