Penyanyi, Wany Hasrita menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menjual semula baju terpakai yang diterima secara percuma di akaun Instagram ‘Preloved Still In Love’ kendaliannya.

Menurut Wany, kesemua pakaian terpakai yang dijual di akaun tersebut merupakan koleksi peribadi yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.

Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ juga merupakan kepunyaannya yang dibeli menerusi bahagian ‘display’ di sesebuah butik.

IKLAN

“Salam, semua barang pre-loved yang di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tidak akan jual barang yang saya dapat secara percuma.

“‘Sample’ yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu photoshoot produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.

“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ‘ngam’ dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas tu sekarang  dah tak muat (padan uka siapa suruh makan nasi lemak).

“Saya nak let go lah. Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi ruangan Instagram Stories selepas terdapat seorang individu yang kurang senang dengan perkara berkenaan.

“Dapat barang free lepastu jual kat orang, hebat permainan. Jelas kat situ **sample,” kata individu tersebut.

Dalam pada itu, Wany turut mendedahkan kepada individu berkenaan supaya tidak perlu bimbang berhubung perkara tersebut kerana dia masih mementingkan etika serta keberkatan dalam urusan jual belinya.

Sumber: Instagram Wany Hasrita