Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui bahawa dia suka berkongsi tips dan produk yang digunakan kepada netizen khususnya pengikut di Instagramnya.
Bagaimanapun, ada segelintir peniaga produk telah menyalahgunakan namanya untuk kepentingan mempromosikan produk mereka.
Malah, peniaga tersebut sewenang-wenangnya menggunakan nama pelakon itu sebagai duta produk mereka.
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Sarah dan bertindak tegas terhadap perkara berkenaan.
“Saya suka share tips & products yang saya guna & amalkan tapi nampaknye some sellers suka guna/repost.
“I tak kesah if nak bgtau i makan shaklee tapi tu 2017 masa pregnantkan Syaikhul. Until now ig story tu repeatedly seller shaklee guna it’s ok u nak educate org luar but then telling people that my daughter baby shaklee, my son baby shaklee dah kenapa pulak ?
“If like this then after this I won’t share anymore any products i amalkan sbb i takot seller2 ni salah gunakan as if macam i duta shaklee pula.
“Ok berita terbaru i dapat now tengah berleluasa dekat FB pulakkkkk. Jangan salah faham ya, i consumed shaklee & upload pic masa tu tahun 2017 tapi gambar digunakan macam baru ku upload 2jam lepas 🙄 dan org yg tak tahu apa2 ingat betul benda tu.
“Dengan caption bertulis cantik luar dalam with shaklee,” tulisnya sambil disertakan foto bersama anaknya yang disalah guna peniaga produk tersebut.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Untuk rekod, Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang baru berusia empat bulan.
Foto : Instagram Puteri Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI