
Pelakon Ira Kazar menjelaskan dia hanya mempunyai satu sahaja akaun Tik Tik, @irakazar.
Ira yang juga anak kepada pelakon popular, Kazar Saisi bagaimanpun turut mengakui dia tidak begitu aktif memuat naik perkembangan menerusi aplikasi sosial itu.
“Ayy guys! This is my one & only TikTok account. Yang lain semua definitely not mine. Jangan salah orang kay.
“Yes memang tak active pun sebab | pemalas so I malas update lol,” terang Ira menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lain Kata… Buang Perut,” – Micheal Ang Hilang 45Kg Selepas Jalani Pembedahan Ikat Perut

Berkongsi perkembangan terkini selepas proses pembedahan ‘mengikat perut’ yang dilakukan, jelas pengarah Micheal Ang, dia bersyukur bebas daripada penyakit kencing manis serta tekanan darah.
Malah, kandungan gula dalam darah turut kembali normal.
Tulis Michael lagi, dia berjaya mengurangkan berat sebanyak 45 kilogram menerusi proses ini.
“Salam semua. Pagi2 dah terpacak kat UKM specialist to see @drnikritzakosai for my follow up check up after my sleeve gastrectomy procedure. Lain kata BUANG PERUT! Alhamdullilah dr cakap semua ok.
“Diabetes dah tak ada, blood sugar level n tekanan darah semua dah normal. And i have Lost 45kg in total! Luv u all!,” ulasnya.
Sekadar makluman, pembedahan 'sleeve gastrectomy' adalah cara dengan memotong 85 peratus perut dan dikeluarkan melalui lubang kecil yang ditebuk pada perut dan menyebabkan makanan hanya boleh diambil dalam kuantiti kecil.
Selain itu, ia memberikan manfaat daripada sudut kesihatan termasuk mengatasi penyakit diabetes, sakit sendi dan sakit belakang.
Kaedan ini antara kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.
Foto : Instagram Micheal Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sopan Tutup Aurat, Ini 6 Artis Wanita Kita Yang Sudah Bertudung Tahun Ini

Syukur, kebelakangan ini semakin ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara kekal.
Perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat, malah penampilan yang kini bertudung dan menutup aurat sekali gus membuatkan diri mereka tampak lebih ayu.
Jadi, ini dia barisan selebriti yang tampil mengenakan hijab setakat September ini.
Ernie Zakri
Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial.
Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.
Bagaimanapun, niat tersebut kian kuat selepas seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Kilafairy
Mengambil keberkatan Syawal, penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun.
Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Lebih menyentuh emosi, Kilafairy ada memuat naik video yang merakamkan aksi spontan bapa, saat mengenai dirinya sudah pun kekal bertudung.
View this post on InstagramA post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.
Pelakon yang juga penyanyi bersama-sama kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
View this post on InstagramA post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on
Tash Yong
Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha lalu.
Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.
Fathia Latiff
View this post on InstagramA post shared by نور فتحي (@fatiyalatiff) on
Tahun ini, pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung.
Tahun lalu, bintang ini menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.
Malah, dia juga dilihat telah memadam semua fitinya yang tidak memakai tudung di laman Instagram.
Hannah Delisha
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”
Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Daripada Kisah Benar,” – Syada Amzah ‘Otw’ Siapkan Lagu ‘Galau’ Lagi, Rancang Buat Konsert Dengan…

Penyanyi, Syada Amzah tidak patah semangat meskipun single pertamanya yang berjudul Hasrat masih belum mendapat perhatian meluas seperti yang diharapkan.
Menurut Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, sehingga kini, dia masih lagi giat menjalankan promosi dan sedang merangka perancangan untuk penggambaran muzik video.
“Saya lancarkan lagu Hasrat pada tanggal 17 Mac 2023. Saya rasa lagu tersebut dikeluarkan pada masa yang kurang sesuai iaitu seminggu sebelum puasa.
“Kawan-kawan saya semua memberikan respon yang positif namun, apabila saya ke jelajah promosi, baru saya sedar yang ramai belum tahu kerana lagu itu masih baharu.
“Apapun, kami masih lagi adakan promosi untuk lagu ini dan sedang merancang untuk pembikinan muzik video,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga memaklumkan dirinya kini sedang di dalam fasa untuk menyiapkan single keduanya yang dijangka sarat dengan emosi.
“Bila saya nak lancarkan lagu baharu, saya suka meletakkan tema. Saya ingin memulakan tema kesedihan dahulu. Pada saya, sebelum kita bangkit, kita kena jatuh dahulu.
“Ketika ini saya selesa dengan mood sedih. Tunggulah bila saya semakin dewasa, kita boleh rancang untuk lagu-lagu yang gembira.
“Lagu pertama, saya yang menulis sendiri. Lagu kedua juga begitu. Saya lebih suka lagu yang saya nyanyikan itu diambil daripada kisah benar berbanding orang lain,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai hasratnya untuk mengadakan konsert, Shada menjelaskan ia sebenarnya bukanlah konsert solo sebaliknya dia mahu bergandingan bersama artis-artis di bawah syarikat rakaman Xeno Entertainment.
“Saya bukan nak buat konsert besar atau solo seperti mana yang orang gambarkan. Kalau ada rezeki, saya nak buat konsert bersama artis-artis dibawah syarikat rakaman yang sama dengan saya.
“Saya mahu terbang bersama rakan seperjuangan saya ini. Saya nak semua orang tahu mengenai keunikan artis-artis di bawah syarikat rakaman kami.
“Saya sedar yang saya belum sampai ke tahap untuk mengadakan konsert sendiri. Pada masa sama, saya juga nak penonton rasa apa yang ingin saya luahkan melalui lagu-lagu saya,”akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shada Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI