Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.
Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.
“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?
“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?
“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.
Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.
Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.
Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.
“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.
Sumber: Twitter