Pelakon dan pelawak, Along Cham atau nam sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad ada berkongsi cerita perihal jodoh.

Dikongsikan menerusi salah satu posting terkini di Instagram, bintang berusia 37 tahun ini memaklumkan ibunya selalu berpesan agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.

“Mak abang selalu pesan kat abang hati2 dalam mencari jodoh kali ni, jangan sampai diperbodohkan.

“Its ok mak, tak jumpa jodoh pun tak pe mak daripada anak mak ni jadi bodoh…isn’t it?

“@alongcham @_siti61 #rukuntetanggacyber

IKLAN

#nakalyangberakal#sapekutukakubentes

#janganserioussangat,” tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian peminat dan ada yg meninggalkan reaksi masing-masing.

Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010.

Bagaimanapun mereka bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel yang kini berusia 8 tahun. 

Foto: Instagram Along Cham