Pelakon, Ezzaty Abdullah mendedahkan dirinya telah mengalami simptom demam teruk berikutan diserang gejala bengkak susu sewaktu masih dalam tempoh pantang.
Menurut Ezzaty, meskipun terpaksa menahan rasa sakit, namun, dia tetap menyifatkan keadaan ini sebagai asbab untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini memaklumkan keadaannya kini telah pun bertambah baik berbanding hari-hari sebelumnya.
View this post on Instagram
“Tiga kali demam menggigil satu badan sebab menahan sakit. Dah hujung-hujung berpantang ni masih kena lagi. Alhamdulillah semuanya ok.
“Sakit ni penghapus dosa kecil. Syukur tak perlu operate macam dulu,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, Ezzaty turut menitipkan nasihat buat para ibu di luar sana untuk tidak mengambil mudah mengenai gejala bengkak susu ini yang mampu mendatangkan kemudaratan teruk di kemudian hari.
Malah, dia juga turut menyarankan buat para ibu untuk merujuk kepada pakar seandainya keadaan bengkak tersebut tidak surut dan berpanjangan.
“Para ibu kat luar sana, bengkak susu bukan satu perkara yang boleh dibiarkan ye. Jangan sampai melarat dan bernanah, nanti kena operate, sakit sangat tau!
“Boleh google “breast abcess” untuk tahu lebih lanjut. Saya bukan pakar. Saya bercakap melalui pengalaman je. Sila rujuk pakar bila bengkak tak surut ye ibu,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat Ezzaty.
“Yang awal-awal tu kena sakit. Macam batu. Harap you cepat sembuh.
“Semoga cepat sembuh. Kirim salam buat family di rumah. Jaga diri Ezzaty.
“Terima kasih atas ingatan dan perkongsian pengalaman.
“Jaga kesihatan selalu ketika berpantang.
“Pernah kena memang sakit rasanya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu Ezzaty baru sahaja menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Ahmet pada tanggal 11 Februari lalu.
Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI