Penyanyi Datin Alyah kini tampil dengan single terbaharu, Cinta Sahabiyah yang sudah pun dilancarkan bulan lalu.
Bagaimanapun, rangka promosinya masih lagi diteruskan apabila muzik video single berkenaan baru sahaja selesai menjalani penggambaran, Isnin lalu.
Apa yang menarik, ia turut menampilkan aktor terkenal, Zul Ariffin sekaligus mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi sedutan pendek babak muzik video tersebut yang dikongsikan di Tik Tok Media Hiburan, rata-rata peminat memberikan respon positif.
@mediahiburanofficial Dulu Remy, sekarang Zul? 😍😍 #MHnews #MediaHiburan ♬ Cinta Sahabiyah – Alyah
Malah, ada yang mengusik hal tersebut mungkin akan dijadikan ‘bahan’ oleh Nabil kepada suami Alyah, Datuk Ramli MS di konsert mingguan Gegar Vaganza (GV).
“Jangan sampai Nabil kecoh lagi dekat pentas GV.”
“Jangan sampai Nabil nampak.”
“Nabil ada je bahan minggu suku akhir.”
“Tunggulah GV nanti Tok Ram kena bahan pulak.”
Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik sedutan sama menerusi akaun Tik Tok miliknya.
@alyah81officialMv cinta sahabiyah bakal menemui anda soon InsyaAllah 😁😁😁
Artikel Berkaitan;
Datin Alyah Dedah Pernah Besar, Berat Cecah 68Kg; “Sampai Ada Yang Kata Pregnant Ke?”
Muzik video yang menjalani penggambaran di Genting Highland itu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dijangka akan dilancarkan hujung bulan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.