“Jangan Sampai Saya Buat Laporan Polis,” – Dikata Terlibat Dengan Skim Cepat Kaya, Ini Amaran Wak Doyok

Share

Berang gambarnya digunakan tanpa izin untuk tujuan promosi skim pelaburan, Wak Doyok menerusi laman Instagramnya memberi amaran kepada pemilik akaun Facebook itu sebelum dia membuat laporan polis.

Menyatakan pemilik sepatutnya menggunakan wajah dan kereta sendiri untuk promosi.

Saya nak bagi tahu kat admin page FB ni. Tolong buang pic saya untuk promosikan skim cepat pelingkup ni.

“Jangan sampai saya buat laporan polis kerana guna gambar untuk meraih keuntungan semata-mata.

Gunalah gambar sendiri kereta sendiri yang nak gi petik gambar orang lain dah kenapa

,” tulisnya memberi amaran.

Malah instafamous ini sempat membuat jenaka mengatakan bahawa dia adalah gangster.

Tahu nak menipu je. Kau tak tahu saya ni lagi kepala gangstar dalam filem abang long fadil 2 dalam filem je la,” tambahnya lagi.

Netizen yang memandang serius perkara tersebut menyarankan agar Wak Doyok membuat laporan polis secepat mungkin kerana bimbang ada yang tertipu.

Foto – Instagram Wak Doyok

Published by
Noraini Abd Wahab