Usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengakui dirinya tidak selesa apabila ada lelaki berstatus suami orang yang menghantar foto bukan-bukan kepadanya di media sosial.
Sajat yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda ini bagaimanapun tidak berminat dan memilih untuk tidak melayan.
“Memang tak faham, makin kita tak layan, makin berani suami orang hantar gambar bukan bukan kat kita.. jangan sampai saya viral gambar awak yer!!,” tulisnya di Insta Stories.
Ads
Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Sajat turut menyifatkan lelaki sedemikian sebagai buaya darat dan meminta ramai supaya berhati-hati.
“Walaupun saya macam ini, bukan bererti saya mudah tergoda dengan buaya buaya darat!! Tambahan pulak suami orang kot!! Cuba lah bini dia tahu, tak ker sedih bini dia yang laki dia perangai macam tu!!
“Nampak baik, mana kala buaya! Ini lah orang cakap, jangan di sangka air sungai yang tenang tiada buaya.. kebanyakan muka si suami yang tenang (tak semua yer) itu lah yang banyak 1000 satu rahsia!! Hati hati lah uols!,” jelasnya lagi.
Ads
Dia pada masa sama turut memohon para isteri agar memantau dengan periksa telefon pintar suami.
Ads
“Para para bini, rajin rajin lah buat sport check kat hand phone suami yer.. bukan kita tak percaya,just double check Klu Klu ada si suami buat macam itu.
“Sebab tak faham mamat ini, hantar msg ibarat macam tak ada bini kat sebelah!! Giler ker apa jantan macam ini.. memaksa maksa.. dah tak betul kot!! Tahulah lockdown!!,” tulisnya lagi.
https://youtu.be/X73wuL7QOjQ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Seri Umie Aida ada yang ketika ini sedang berada di tanah suci bagi menunaikan haji bersama jemaah lain ada berkongsi fotonya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Jarang sekali memuat naik foto bersama, posting yang dibuat bintang yang baru mengambil anak angkat ketika ini cukup mencuri perhatian.
Pelakon Puteri Aishah sering berkongsi gambar di akaun Instagramnya.
Terbaru, bintang Dewi Remaja 2014/2015 itu telah memuat naik beberapa keping foto di laman sosialnya itu yang melihatkan baju yang digayakan itu agak seksi sehingga menampakan lurah.
Difahamkan gambar tersebut diambil sebelum berlangsungnya majlis eksklusif sebuah jenama jam tangan yang diadakan di ibu kota malam tadi yang turut dihadiri super model terkenal dunia, Bella Hadid.
Susulan itu, gambar tersebut telah dihujani komen nakal netizen. Rata-ratanya daripada lelaki. Antaranya;
Dalam perkembangan lain, Puteri baru sahaja tamat pengambaran bagi drama Selafaz Cinta yang dibarisi pelakon Shaharul Ridzwan, Syatill Melvin, Sharifah Sakinah dan ramai lagi yang bersiaran hari ini di Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135) jam 6 petang.
Foto : Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!