Usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengakui dirinya tidak selesa apabila ada lelaki berstatus suami orang yang menghantar foto bukan-bukan kepadanya di media sosial.
Sajat yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda ini bagaimanapun tidak berminat dan memilih untuk tidak melayan.
Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Sajat turut menyifatkan lelaki sedemikian sebagai buaya darat dan meminta ramai supaya berhati-hati.
“Walaupun saya macam ini, bukan bererti saya mudah tergoda dengan buaya buaya darat!! Tambahan pulak suami orang kot!! Cuba lah bini dia tahu, tak ker sedih bini dia yang laki dia perangai macam tu!!
“Nampak baik, mana kala buaya! Ini lah orang cakap, jangan di sangka air sungai yang tenang tiada buaya.. kebanyakan muka si suami yang tenang (tak semua yer) itu lah yang banyak 1000 satu rahsia!! Hati hati lah uols!,” jelasnya lagi.
Dia pada masa sama turut memohon para isteri agar memantau dengan periksa telefon pintar suami.
“Para para bini, rajin rajin lah buat sport check kat hand phone suami yer.. bukan kita tak percaya,just double check Klu Klu ada si suami buat macam itu.
“Sebab tak faham mamat ini, hantar msg ibarat macam tak ada bini kat sebelah!! Giler ker apa jantan macam ini.. memaksa maksa.. dah tak betul kot!! Tahulah lockdown!!,” tulisnya lagi.