Selepas beberapa hari video yang merakamkan aksi tidak senonoh mirip penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mulai tular, bintang itu akhirnya tampil membuat satu status menerusi Insta Stories miliknya, awal semalam.
Dipercayai, status berkenaan dikongsi abang kepada penyanyi Aishah Aziz ini berhubung hal yang terkait dengan kehidupannya ketika ini.
Aliff, 29, antara lain menjelaskan, dia telah memalukan hati orang tersayang selain percaya rezeki di tangan Tuhan.
“Keep laughing at my pain. Yes, i fuc*ed up. I brought it upon myself. But trust me, walk in my shoes and you’d probably fall the first step.
“Yes, i shamed my loved ones. Noone knows my predicament. Its okay. I dont owe anybody explanation. Not preaching, but for as long as i live Allah and no matter how screwed up people think of me i am still his servant.
“Its funny how people claim to be Muslim yet they run their mouth like they are best of servants. Reflect yourself in the mirror and see if you are fit to judge. Noted to self too. No offence. All love.
”Rezeki semua tangan Tuhan. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya,” tulis Aliff panjang lebar.
Sementara itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sayang Sayang ini juga dilihat turut memadamkan semua fotonya di Instagram.
Terdahulu, video berkenaan merakamkan seorang lelaki yang dilihat cuba melakukan provokasi dipercayai di sebuah kedai makan, dalam yang difahamkan di Singapura baru-baru ini.
Video yang mempunyai durasi kurang 2 minit itu secara jelas turut merakamkan kata-kata kesat dari individu terbabit selain cuba menunjukkan kemaluan di lokasi sama.
Foto: Instagram Aliff Aziz