Menerusi salah satu entrinya tidak lama dulu, personaliti Aida atau Khairul Noormaaidah Zali, yang sinonim sebagai juara program realiti Gadis Melayu di TV9 pada 2009 ada berkongsi cara untuk berpeluang masuk ke dalam Raudhah.
Perkongsian tersebut dibuat isteri kepada personaliti televisyen, Saiful Nizam ini menulis, ada enam tips mudah yang boleh dipraktikkan.
“TIPS KE RAUDHAH BAGI MUSLIMAT
.
1) BERPAKAIAN PERSIS WANITA ARAB
.
2) IKUT JEMAAH ARAB ( masuk lebih awal )
.
3) SAMPAI DI RUANG KARPET HIJAU CUBE DAPATKAN SAF YG PALING HADAPAN
.
4) KALAU ADE KESEMPATAN LAKUKAN SOLAT & BERDOA DI BEBERAPA TEMPAT SUPAYA PENJAGA RAUDHAH X PERASAN KITE LAME DI SITU ( وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ baca ini moga2 Allah tutup pandangan org terhadap kita )
.
5) JGN SELFISH ! BAGI JUGA RUANG JEMAAH LAIN UNTUK SAMA BERIBADAT .
6) NIAT SUPAYA ALLAH PERMUDAHKAN,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi perasaan saat berada di tanah suci.
Foto: Aida Gadis Melayu