Penyanyi senior, Mas Idayu menyatakan pendapat khasnya mereka yang menyertai pertandingan realiti nyanyian untuk tidak menjadikan masa yang singkat sebagai satu alasan.

Kongsinya yang sinonim disapa Mummy, peluang di depan mata harus digunakan sebaik mungkin sekiranya mahu serius menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Jangan Sentiasa Cari Alasan, Ini Teguran Mas Idayu – “Bila Diberi Peluang, Rebut…” Jangan Sentiasa Cari Alasan, Ini Teguran Mas Idayu – “Bila Diberi Peluang, Rebut…”

“Dalam pertandingan, kamu tidak boleh beri alasan masa terlalu singkat utk lakukan itu dan ini. Kamu yang buat keputusan untuk ke sini.

Ads

“Bila di beri peluang, rebut peluang itu, tiada pertandingan yang mengambil masa setahun utk kamu jadi bgus,” tulisnya di dalam satu perkongsian di Instagram.

Jangan Sentiasa Cari Alasan, Ini Teguran Mas Idayu – “Bila Diberi Peluang, Rebut…” Jangan Sentiasa Cari Alasan, Ini Teguran Mas Idayu – “Bila Diberi Peluang, Rebut…”

Malah, bintang yang popular dengan lagu Cintaku 100% ini juga menyarankan, sentiasa cepat belajar dan fokus dalam bidang nyanyian.

Ads

Tambahnya lagi, bakat-bakat baru ini harus bersikap terbuka menerima teguran sekiranya mahu menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

“Wajib cepat belajar dan cepat focus!Kalau kalian nak tiap hari pujian tanpa teguran, bukan di sini tempatmu,” tulisnya lagi.

Ads

Link posting

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Mas Idayu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI