Pelakon, Sari Yanti yang kini bahagia membesarkan anak bongsunya, Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April tahun lalu mengakui, dia lebih selesa untuk menyusu badan.
Meski ia bukanlah pengalaman pertama dalam menyusukan anak, Sari Yanti seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita bagaimanapun memberitahu, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi, ia demi memastikan anak kekal sihat.
Ads
“Tidak dinafikan terdapat lambakan suplemen untuk kaum ibu tambah susu badan di luar sana. Tetapi saya memang tidak mengambil sebarang suplemen.
“Paling penting bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya sendiri, sentiasa berfikiran positif kerana menyusukan anak bukan perkara yang senang,” katanya.
Ads
Ujarnya lagi, proses menyusukan anak akan kian sukar apabila anak bayi semakin membesar.
“Lebih-lebih lagi apabila bayi makin membesar, proses menyusu badan menjadi lebih susah. Jangan sesekali terfikir atau terdetik di hati yang susu tak cukup nanti kesudahannya susu memang akan kurang. Percayalah permintaan susu akan ada bila ada penawaran. Jadi jangan bimbang susu tidak cukup,”jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepah 25 Februari 2017. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Mingguan Wanita, Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Risteena memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan adiknya, Ruhainies bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.
Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata dia setakat ini tidak terganggu apabila turut menerima tempias dikritik netizen susulan ibu hangat berkenaan.
Baginya, ia antara asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.
“Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang. Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang public figure akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang, katanya, lapor OhBulan!
Berkongsi mengenai perkembangan Ruhainies Risteena menjelaskan adiknya itu berada dalam keadaan baik dan tenang selain mereka sekeluarga turut menjalani kehidupan seperti biasa.
“Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa saja. Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.
“Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab diorang lebih layak dalam kes ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Risteena juga meminta ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang spekulasi yang berbaur fitnah kerana tindakan boleh diambil kepada mereka yang terlibat.
“Cuma netizen perlu berhati hati dalm berkata kata, sebab selepas kes ni selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada diorang. Pihak Ruhainies telah pun screenshot semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang,” katanya.
Terdahulu pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap kerana dipercayaibersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu ialah abang iparnya, Aliff dan Ruhainiesx
Bagaimanapun, kedua mereka dilaporan sudah dengan jaminan sementara kira-kira jam 2.00 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merakamkan semula lagu-lagu lama yang pernah dipopularkan oleh artis-artis legenda
merupakan satu perkara biasa.
Ramai penyanyi di seluruh dunia yang kerap melakukan sedemikian kerana kebanyakan lagu-lagu lama ini mempunyai irama yang tidak lapuk ditelan zaman.
Apatah lagi selepas diberi nafas baharu, semakin ramai generasi masa kini yang dapat
menghargai karya-karya emas yang terlibat.
Tidak terkecuali, penyanyi senior Dato’ Aishah kini kembali dengan rakaman semula lagu ‘Di Pinggir Kayangan’ yang pernah dibawa oleh biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.
“Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Saya sangat meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan arwah.
“Bagi saya karya tersebut merupakan sebuah lagu cinta yang mempunyai semangat positif dan gembira serta lenggok kemelayuan yang sangat merdu,” katanya.
Selain itu Aishah juga mahu anak-anak muda masa kini mengenali lagu-lagu lama yang bagus.
“Lagu-lagu seperti Di Pinggir Kayangan adalah sebuah lagu yang harus diperkenalkan
semula kepada generasi baru. Ia begitu bermakna buat saya kerana ia mengingatkan saya kepada idola saya tersebut,” tambahnya lagi.
Oleh kerana ia merupakan rakaman semula dengan nafas baharu, sudah tentunya terdapat beberapa perbezaan ketara dalam versi terbaharu ini.
“Akan kedengaran kelainan dari segi susunan muzik dan sudah semestinya suara saya
berbeza dari suara penyanyi asal.
“Malah ia dirakamkan dalam nota yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan yang asal,” katanya yang mengharapkan yang terbaik daripada pencinta muzik tempatan.
Di Pinggir Kayangan versi Aishah sudah boleh dimuat turun di semua platform muzik digital sejak 19 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelawak terkenal, Achey teruja dengan kesungguhan anaknya, Tiara Zinnirah untuk memulakan bisnes menjual gula-gula meskipun usianya baru menjangkau 5 tahun.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, anaknya itu dikatakan terinspirasi untuk memulakan perniagaan gula-gula selepas melihat beberapa video di media sosial.
“Rezeki apakah anak ini. Tiara dia sidikit perlahan dalam pembelajaran tapi ayah dan mama yakin Tiara mampu menimba kepelbagaian ilmu dan pelajaran serta pengalaman.
“Idea dan cadangan Tiara saya tak pernah ambil remeh. Untuk dia mencuba apa sahaja yang baik untuk dia dek kerana dia tengok video dari seberang, orang meniaga coklat Dubai.
“Selama dua hari dia tekan ayah untuk dia buat perniagaan yang sama tapi jual #tiarabottolcandy sebab ayah tak mampu nak beli berkotak-kotak coklat Dubai nak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak Bocey itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Achey turut tidak menyangka bisnes anaknya itu bakal mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat perhatian daripada pihak platform media sosial terkenal dunia, Tik Tok.
Katanya lagi, Tiara telah berjaya menjual 3000 balang gula-gula dalam masa dua jam.
“Semalam jam 11, dia dah penat bermain. Ayah kata tido dia tak nak. Dia degil juga nak jual candy dia. Dia live dengan ayah 15 minit telah terjual 300 pack. Subhanallah.
“Malam tadi sejarah sampai wakil Tik Tok Malaysia hallo kami. Purata 21 juta like, 21 ribu mata memandang dan maksimum 3000 pack terjual dalam masa 2 jam.
“Walaupun keuntungan bersih purata dalam 1 Ringgit sahaja tapi kuantiti memecah rekod keluarga kecil kami. Tak tau lah kalau dia pecah rekod Tik Tok
“InshaaAllah kami akan meniaga lagi. Cuma bagi kami masa bungkus 3000 pack ni dulu. Agak berkicap,” kongsinya lagi.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Ernie Zakri turut menzahirkan rasa sebak selepas melihat kesungguhan Tiara untuk menjalankan bisnes.
“Tolong bagitahu kalau Tiara buat live lagi. Kak Ninie nak beli candy Tiara,” tulisnya menerusi sebuah video di Tik Tok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut mendoakan agar Tiara berjaya di dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah, rezeki Allah maha luas. Semoga Tiara sentiasa dalam lindungannya. Semoga kebahagiaan menjadi milik ayah dan ibu. Tak mengapa duhai anak sekiranya tak bijak seperti ilmuan. Asalkan kau rajin usaha.
“Tiara ni ada aura yang tersendiri. Aunty suka tengok.
“Hebat Tiara sambil tidur pun habis Candy sold out. Siap berdengkur lagi dia.
“Allah Maha kaya dan pemurah bang. Terbaik Tiara.
“Rezeki Allah itu luas untuk kamu Tiara. Semoga terus berjaya dunia akhirat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun yang lalu.
Setakat ini mereka belum dikurniakan cahaya mata tetapi mengambil seorang anak angkat iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasih pada 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey & Tik Tok Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!