“Jangan Sia-Siakan Hidayah Yang Dihadiahkan Allah,” – Mila Jirin Luah Rasa Bimbang, Nonny Nadirah Tak Lagi Berhijab?

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sedih selepas melihat perkongsian rakan penyanyi, Nonny Nadirah yang telah memadam kesemua foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, Nonny juga dilihat telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan seorang wanita mengenakan baju putih dan seluar pendek.

Namun tidak dapat dipastikan gerangan sebenar individu terbabit kerana sebahagian wajah ditutupi pelitup muka.

Di samping meluahkan rasa, Mila atau nama sebenarnya Nursyarmilla Jirin ada memgimbau kembali kenangan ketika menunaikan ibadah umrah bersama Nonny di tanah suci Mekah.

“Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah???Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH,

“Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah. Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah,

“Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci.. Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah…,

“Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung…Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok…

“Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu,” tulisnya.

Selain itu, penyanyi kelahiran Pulau Pinang menasihati agar Nonny tidak mensia-siakan hidayah yang pernah dikurniakan oleh Allah dan kembali berubah ke pangkal jalan.

“Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!

“Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu

“Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

“non ku tau mu pasti baca posting ku ini…
non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.

terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu…Ikhlas,Sahabat mu,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin telah mula mengenakan hijab selepas pulang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah, pada Januari 2019.

Foto: Instagram Mila Jirin

Published by
Nazar Rafiqhi