Semakin hari netizen di media sosial mula menuding jari menyalahkan segelintir pihak atas dakwaan cuba menyebarkan wabak COVID-19 atas sikap sambil lewa.
Jelas Harith Iskander di laman Instagram miliknya, mengkritik seseorang yang mempunyai kepercayaan yang berbeza hanyalah memburukkan lagi keadaan.
Ulasnya, jangan menambahkan lagi masalah yang sedia memburuk, sebaliknya bersama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.
“Mengkritik orang di media sosial yang mempunyai kepercayaan yang berbeza, yang anda percaya mengancam kehidupan anda tidak membantu situasi. Ia hanya menyebabkan perpecahan. Saya rasa bersalah.
“Akan cuba yang terbaik untuk tidak menambah masalah. Sebaliknya akan memberi cadangan
“Sebagai warganegara Malaysia, ya saya diselubungi rasa bersalah. Kadang kala isu ini kelihatan terlalu jelas namun kita tidak dapat menahan untuk memuat naik ejekan mengenai individu yang kelihatan berbeza daripada kita dan kelihatan mengancam kehidupan.
“Kadang kala sebagai pelawak, kami melakukannya untuk mencipta kontroversi (nyata ia menambah pengikut). Seperti kita mencucuk kayu kepada haiwan yang rasa terancam.
“Ia tidak akan membantu situasi. Jangan tambahkan masalah, cuba cari penyelesaian bermula sekarang,” kongsinya.
Netizen nyata bersetuju dengan pandangan bernas ini dan menyatakan sudah menjadi sifat manusia suka menyalahkan pihak lain.
Semoga masyarakat dapat bersatu memerangi wabak pandemik ini dan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tanpa sebarang provokasi kepada pihak tertentu.
Foto : Instagram Harith Iskander