“Jangan Tanya Saya, Tanya Direct Dekat Niezam,” – Dah Hadiri Kursus Kahwin, Nonny Nadhirah Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Share

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah seakan memberi gambaran bahawa dia bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Menurut Nonny, selepas ini, dia tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai soal perkahwinan kerana menyifatkan pelakon, Niezam Zaidi punyai semua jawapannya.

“Dengan izin Allah alhamdulillah satu dah selesai. Proses kitorg ‘special’ sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct kat @niezamzaidi.

“Semoga menjawab segala persoalan korang semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim ke-5 itu turut mendedahkan Niezam telah pun selesai menghadiri kursus kahwin baru-baru ini.

“For your information untuk kursus kahwin, due to covid dari dua hari dah disingkatkan ke satu hari sahaja.

“Siapa yang tengah plan nak amik kursus tu boleh roger @kursuskahwinkakana. Dari start Nonny sampailah ke Niezam kita memang ambil dekat sana.

“Ini bukan paidreview/sponsor kita recommend sebab Kak Ana memang baik gus,” katanya lagi.

Pada kesempatan itu juga, Nonny turut dilihat ada menitipkan doa buat para teman dan seluruh peminatnya di Instagram.

“Semoga mereka yang tengah membaca caption ni, dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t, dijauhkan dari segala jenis penyakit dan juga gangguan dari jin dan syaitan yang direjam.

“Dikayakan dengan iman, taqwa dan harta, diberikan rezeki yang melimpah ruah, baik dari segi kesihatan, kebahagiaan dan juga kewangan dan makanan yg mencukupi buat diri & ahli keluarga mereka Ya Allah.

“Permudahkanlah.. peliharalah mereka Ya Allah..Amin. Doakan buat kitaorang juga ye,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut teruja apabila mendengar perkhabaran daripada Noni itu.

Malah, mereka turut mendoakan semoga urusan Nonny dan Niezam dipermudahkan.

Terdahulu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit, Mustain Adnan pada tanggal 18 Mac 2018 namun memutuskan untuk bercerai pada 2019.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah

Published by
Aizam Manaf